Percutian

Senarai 6 Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Jom Bercuti!

19.2K
reads
tempat menarik di kota kinabalu

Sabah, negeri di bawah bayu amat terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian flora dan faunanya.

Ramai pelancong asing yang datang melawat Sabah saban tahun, terutamanya ke Kota Kinabalu. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia, sudahkah kita berjalan-jalan di sana?

Jika anda tidak tahu hendak ke mana di sana, apa kata anda ke senarai tempat menarik di Kota Kinabalu di bawah ini.

Bagi yang datang dari Semenanjung Malaysia, sudah pasti anda akan mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang terletak 8km dari pusat Bandar.

Dari situ, anda boleh merancang perjalanan anda seperti berikut.

Senarai 6 Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Sesuai Untuk Semua!

1. Gunung Kinabalu

tempat menarik di kota kinabalu

Foto Kredit: 27vakantiedagen.nl

Bagi mereka yang ke KK, pastikan anda ke Gunung Kinabalu yang terletak 50km dari pusat Bandar.

Secara idealnya, anda perlukan 2Hari 1Malam untuk mendaki Gunung Kinabalu dengan mengambil pakej yang disediakan. Pastikan segala kelengkapan mencukupi sebelum ke sini.

Jika anda ke sini bersama keluarga, pastikan si kecil berumur 10 tahun ke atas dan bagi orang tua pula; mereka hendaklah berada di dalam keadaan yang sihat dan mempunyai stamina untuk menghabiskan dakian.

Tetapi ketika anda berada di puncak, saya percaya segala penat lelah akan hilang dengan pemandangan yang cantik dan udara yang segar.

2. Pulau Manukan

Wah, indahnya pulau berbentuk sabit ini! Airnya sangat bersih dan jernih.

Menariknya, anda perlu menaiki bot selama 30 minit untuk ke sini.

Bayangkan mandi di tepian pantai yang biru dan tidak tercemar bersama ikan-ikan yang manja dan tak takutkan manusia.

Jika anda membawa anak kecil, pasti mereka teruja sepanjang berada di sini.

 

3. Lok Kawi Wildlife Park

lok kawi wildlife park

tempat menarik di kota kinabalu

Foto Kredit: amazingborneo.com

Kita sering dihidangkan dengan gambar-gambar monyet, orang utan dan burung-burung di kaca televisyen; apa kata anda ke sini untuk melihat hidupan liar dengan lebih dekat.

Juga ada taman botani di mana anda boleh jungle trekking di laluan yang disediakan.

Hanya RM10 dikenakan sebagai pemegang MyKad (RM20 untuk bukan warganegara) untuk masuk ke sini.

 

4. Restoran Makanan Laut Gayang

Dah penat jalan, tidak sah rasanya jika anda tidak menikmati kepelbagaian dan kesegaran makanan laut yang ada di KK ini.

Antara menu yang mesti dicuba ialah udang butter, ikan sweet & sour, siput gonggong, ayam lemon, nyonya tilapia dan bermacam-macam lagi.

Harga pun tak mahal sangat, perlu standby dalam RM40 untuk seorang makan jika di sini.

Sangat berbaloi dengan kesegaran dan keenakan makanan laut yang terhidang di sini.

 

5. Pasar Malam Kampung Air

tempat menarik di kota kinabalu

Kalau ke Kota Kinabalu biasanya tak sah kalau tak bawa balik barangan mutiara. / Foto Kredit: theentreprenurline.blogspot.my

Bagi mereka yang nak cari cenderahati untuk dibawa balik ke Semenanjung, terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan pelbagai pilihan.

Rambang mata dibuatnya jika anda ke sini.Selain daripada hadiah biasa seperti t-shirt, key chain atau fridge magnet, di KK anda boleh shopping untuk mutiara dalam bentuk brooch, rantai leher dan yang seangkatan dengannya.

Harga pun murah kat sini.

Selain itu, ada juga pasar-pasar malam lain untuk anda mencari barangan unik sebagai ole-ole.

Antaranya:

  • Pasar Malam Sinsuran
  • Pasar Ikan Masin
  • Pasar Besar

 

6. Pasar Filipina

tempat menarik di kota kinabalu

Foto Kredit: borneowanderes.com

Lagi satu tempat untuk shopping yang menarik adalah di Pasar Filipina. Juga dikenali dengan nama Pasar Kraftangan, ramai orang Filipina yang bertapak dan berniaga di sini.

Anda boleh dapatkan manik-manik, keropok-keropok, kopi tenom, amplang dan banyak lagi di sini.

Di sebelah Pasar Filipina ini pula ada Pasar Kering di mana anda boleh membeli ikan bilis, ikan kering, udang kering dan bermacam-macam lagi yang boleh dibungkus rapi dan dibawa naik kapal terbang.

 

Jom Bercuti!

Diharapkan senarai tempat menarik di Kota Kinabalu ini sedikit sebanyak dapat memberi anda idea tentang tempat yang wajib anda lawati di sana.

 

Carian Yang Berkaitan:

  • tempat menarik di kota kinabalu
  • tempat menarik di sabah
  • tempat menarik kota kinabalu
  • menarik di kota kinabalu
  • tempat menarik di sabah untuk dilawati
  • tempat menarik di kk
  • tempat menarik di sabah kota kinabalu
  • tempat menarik di sabah kk
  • tempat menarik sabah
  • tempat pelancongan di kota kinabalu
1 Comment

1 Comment

  1. Nieda Nuds

    August 22, 2016 at 8:55 am

    SAYA ORANG SABAH, TQ SUDI TULIS ENTRI PASAL KK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top