Sebelum lompat terus untuk senarai checklist kahwin, imbas kembali yang setiap orang menginginkan sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar percintaan. Rumah tangga yang dibina juga perlulah berlandaskan panduan atau prinsip yang betul. Asas yang perlu dilihat di sini adalah dari segi persiapan perkahwinan. Islam juga turut mementingkan kesederhanaan dalam perkahwinan. Dahulukan yang wajib. Perkara-perkara sampingan sekadar tambahan untuk kepuasan masing-masing. Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, akan melalui banyak dugaan dan masalah yang mereka kena hadapi dan uruskan. Terutamanya sebelum menjelang hari perkahwinan. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, persiapan yang baik haruslah dilakukan. Tetapi dalam erti kata lain tidak membazir, tidak terlalu bermewah-mewahan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Sebelum itu, mari kita lihat senarai atau ‘checklist’ perkahwinan yang mudah atau ‘simple’ mengikut fasa sehingga hari persandingan dan bulan madu. (*Adaptasi dari SyokKahwin.com)
Fasa: Merisik
- Cincin
- Jamuan
- Baju Merisik
- Perjalanan pergi balik rombingan
- Tempat penginapan rombongan
Fasa: Pertunangan
- Cincin
- Jamuan
- Hantaran
- Baju Pertunangan
- Perjalanan pergi balik rombingan
- Tempat penginapan rombongan
Fasa: Sebelum Bernikah
- Kursus Perkahwinan
- Kad Jemputan Kahwin
- Kos mendaftar
Fasa: Semasa Pernikahan
- Derma Tok Kadi
- Cincin
- Jamuan
- Barang hantaran:
- Sirih junjung
- Potpouri
- Al-Quran
- Manisan
- Sejadah
- Samping
- Kain pelikat
- Baju Melayu
- Kasut
- Jam
- Smartphone (iPhone/Samsung)
- Set penjagaan diri
- Kemeja/Cufflinks
- Beg tangan
- Pulut kuning
- Mas Kahwin
- Belanja hantaran
- Mas Kahwin
Fasa: Majlis Resepsi
- Jurufoto/Videografi
- Laman web perkahwinan
- Mak Andam
- Pelamin
- Dewan/Khemah
- Jamuan
- Baju Persandingan
- Bunga pahar
- Cenderahati tetamu
- Hiasan hantaran
- Hiasan bilik tidur
- Solekan Pengapit
- Baju Pengapit
Dewan, hotel atau taman (jika ada):
- Kerusi dan meja
- Menu
- Penyambut tetamu
- Pengiring
Makan Beradab:
- Set meja pengantin
- Kerusi dan Meja
- Alas meja
- Skirting
- Scallop
- Kerusi banquet
- Bunga bouquet
- Lauk pengantin
- Penanggah
Keraian & Hiburan:
- Kompang
- Khatam Al-Quran
- Silat pengantin
- Cak lempong
- Kumpulan marhaban/berzanji
Sistem PA (PA System):
- Satu set sistem PA
- DJ / MC
Bulan Madu (Honeymoon):
- Pakej Percutian
- Tiket Kapal Terbang
- Sewa Hotel
Untuk memudahkan semua, kini boleh download Checklist Perkahwinan Simple (Excel). Maaf, kami tidak menyediakan format PDF atau Microsoft Word kerana ia boleh di ‘convert’ atau ‘export’ dengan mudah.