Famili

6 Lokasi Tarikan Pelancong Paling Bahaya Di Dunia, Yang Hati Kental Je Boleh Sampai!

92
SHARES
tarikan pelancong

Nampaknya sudah masuk musim percutian apabila kita bakal sampai ke penghujung tahun 2023 tidak lama lagi. Inilah masanya ramai dalam kalangan kita menghabiskan cuti bekerja dan mengambil masa mencari lokasi tarikan pelancong untuk ‘holiday’ bersama keluarga.

Namun, sedikit informasi menarik buat anda yang bakal bercuti, berikut merupakan senarai lokasi tarikan pelancong yang popular namun sangat berbahaya. Buat anda yang sangat cintakan cabaran, boleh kalau nak cuba ke lokasi di bawah!

Baca juga: Tak Payah Cari Debu, Ini Cara Betul Tayamum Dalam Pesawat Dengan Mudah!

6 LOKASI TARIKAN PELANCONG YANG SANGAT BAHAYA!

tarikan pelancong

1.Crocosaurus

Crocosaurus yang terletak di Darwin City, Australia ini menawarkan peluang untuk pelancong berenang di dalam kolam bersama buaya. Tapi, ada sejenis sangkar akuatik akan memisahkan pelawat dengan haiwan ganas ini dan sangkar dikenali sebagai ‘sangkar maut, tetapi tiub itu mempunyai ketahanan dan tidak pernah mencetuskan keadaan bahaya melampau. Walaupun begitu, risiko sentiasa ada dan saat paling menakutkan apabila anda hanya berada beberapa sentimeter dari haiwan liar ini. Berani tak?

2. Annapurna

Gunung Annapurna di Nepal ini juga dikatakan memiliki tahap bahaya seperti Gunung Everest. Walaupun tidak semestinya berisiko berjalan di atas jalan-jalan ini, pendakian gunung ini boleh membawa maut, kerana banyak kematian telah didaftarkan di puncak gunung. Namun, sesiapa yang memang suka akan cabaran ekstrem pasti tetap akan cuba!

3.Taman Negara Komodo

Di Tenggara, Indonesia, ada sebuah taman di mana pelancong ditawarkan melihat spesis biawak terbesar di dunia, Komodo Dragon. Awas ya, haiwan ini sangat berbahaya, kerana gigitannya boleh menyebabkan jangkitan dan kemungkinan boleh menjadi penyebab kematian. Bahkan, sesetengah pelawat telah diserang oleh haiwan ini dan ada juga yang telah meninggal dunia.

4.Poison Garden ( England)

Mungkin kedengaran seperti di dalam filem magik, namun Poison Garden yang terletak di bandar Alnwick ini penuh dengan tumbuhan berbisa yang boleh membahayakan pengunjung. Terdapat lebih 120 spesis tumbuhan di taman ini, yang sebahagiannya boleh membunuh seseorang dengan hanya satu sentuhan. Ibarat kisah Snow White ya.

5.Taman Negara Canyonlands

Terletak di Utah, Amerika Syarikat, taman negara ini dianggap sebagai salah sebuah tempat yang paling sukar didaki, berikutan risiko batu-batuan yang jatuh dan kemungkinan banjir. Mempunyai pemandangannya luar biasa, bagaimanapun, ia sangat berbahaya kerana struktur batunya yang boleh membuatkan pelancong putus asa. Nampak cuaca pun macam panas!

6.Tiger Temple Thailand

Tiger Temple di Thailand ini pernah menjadi salah satu lokasi di mana pelancong boleh berhubung dengan harimau, serta memberi makan dan bergambar dengan mereka. Apabila lokasi ini dirasmikan pada tahun 2001, ia mempunyai kira-kira 150 ekor harimau. Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun apabila pelancong dan penjaganya diserang, ia akhirnya ditutup oleh pihak berkuasa tempatan. Seram!

tarikan pelancong

*Ada yang berani nak pergi ke lokasi sebegini? Awas, risau tak balik! 

Baca juga: Ini 5 Lokasi Hotel Kids Friendly Ada Pelbagai Kemudahan, Mesti Anak Tak Nak Balik!

Sumber: MStar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×