Famili

Pihak Taska/Tadika WAJIB Hubungi Waris Jika Kanak-Kanak Tak Hadir, Elak Kes Terlupa

29
SHARES
tertinggal dalam kereta

Sedar atau tidak, dalam tempoh beberapa bulan ini kerap kita mendengar kes melibatkan ibu bapa yang terlupa anak dan tertinggal dalam kereta. Perkara ini sangat merisaukan kerana insiden yang berlaku menyebabkan tiga kanak-kanak maut dalam dalam kes yang berlainan.

Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sendiri bagi mengelakkan kecuaian ini berlaku, dibantu juga oleh pihak taska dan tadika untuk memberi peringatan kepada waris kanak-kanak.

Baca juga: Sindrom Terlupa Anak Dalam Kereta Boleh Berlaku Tanpa Dijangka, Elak Letak Di ‘Blindspot’ Ini

ELAK KES ANAK TERTINGGAL DALAM KERETA, SOP TASKA DIPERKETATKAN

tertinggal dalam kereta

Terbaharu, Operator Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) diwajibkan untuk menghubungi ibu bapa dengan kadar segera jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas taska atau tadika seperti biasa.

Peraturan baharu itu dilaksanakan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian Taska dan Tadika dalam usaha mengelak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKK), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah SOP itu dilaksanakan susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

Menurutnya lagi, pihak Taska dan Tadika juga perlu mendapatkan nombor telefon tambahan kalangan ahli keluarga kanak-kanak tersebut selain ibu bapa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku kecemasan. Operator Taska atau Tadika wajib menghubungi ibu atau bapa jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas kerana ia mungkin berlaku disebabkan salah faham seperti kemungkinan biasanya ibu yang menghantar anak.

Mungkin ada yang yang tiba-tiba si ayah pula yang menghantar dan dia terlupa ke Taska sebaliknya terus ke pejabat dengan anaknya terkunci di dalam kereta.

Ini merupakan langkah yang bagus dari pihak kementerian dengan mengetatkan SOP namun, ramai dalam kalangan netizen yang risau bahawa pihak taska atau tadika sudah semestinya akan menaikkan ‘charge’ yuran kerana tugas semakin bertambah.

tertinggal dalam kereta

*Jadi, sebagai ibu bapa sama-samalah kita pikul tanggunggjawab ini dan mencari jalan supaya kejadian kecuaian ini tidak berlaku lagi.

Baca juga: DIY ‘Baby Balsam’ Versi Sihat Untuk Bayi Yang Kerap Batuk & Selesema, Campur 2 Bahan Je!

Sumber: Buletin TV3 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×