Famili

Cara Guna Aplikasi Waze Untuk Set ‘Reminder’ Anak Dalam Kereta, Elak Kes Buruk Berulang!

42
SHARES
aplikasi waze

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan kisah sedih di mana bayi 8 bulan meninggal dunia akibat tertinggal di dalam kereta. Perkara ini perlu diambil serius dan mungkin dapat dicegah dengan menggunakan aplikasi Waze seperti perkongsian Puan Ita Jusnita di laman Facebooknya.

Aplikasi Waze boleh membantu menghantar peringatkan kepada ibu bapa sejurus tiba di destinasi yang ingin dituju. Ikuti langkah-langkahnyai bawah.

Baca juga: Cara Kesan Lokasi Seseorang Guna Aplikasi Ini, Barulah Hati Tak Risau & Tenang

GUNA APLIKASI WAZE UNTUK ‘REMINDER’ ANAK DALAM KERETA

aplikasi waze

Terlupa dan tertinggal anak dalam kereta bukan kes baru. Pernah beberapa kali juga musibah ini kita dengar berlaku. Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kejadian ini berulang?

Saya juga baru mengetahui fungsi di aplikasi Waze ini atas tunjuk ajar seorang sahabat. Saya berpendapat perkara ini wajar dikongsi dan mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Aplikasi Waze boleh set “Child Reminder” dan peringatan akan keluar apabila anda sampai ke destinasi. Cara-caranya adalah:

1. Buka aplikasi Waze dan klik icon 3 garisan seperti dalam gambar.

APLIKASI WAZE

2. Klik butang “Settings”.

APLIKASI WAZE

3. Pilih butang “Reminders”.

APLIKASI WAZE

4. Seterusnya pilih butang “Child Reminder”.

APLIKASI WAZE

5. Langkah akhir, boleh customise mesej yang anda mahu. Saya pilih untuk Waze remind saya dengan tanya di mana anak-anak saya, Fateh dan Faisal?

APLIKASI WAZE

Dengan mesej ini ia boleh membuatkan anda berfikir sejenak, di mana anak-anak ketika itu? Mesej akan pop-up sejurus kereta sampai dan berhenti di destinasi.

APLIKASI WAZE

 

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tak Perlu Beratur Panjang, Ini Cara Renew Lesen Online. Mudah Je!

Sumber: Facebook Ita Jusnita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×