Asuh

10 Tanda Ibu Ayah Ada Sifat Suka Banding-Bandingkan Anak, Tanpa Sedar Dah Buat Rupanya

312
SHARES
BANDINGKAN ANAK

Sebagai ibu bapa sudah tentu inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Namun tanpa disedari tindakan tersebut sebenarnya telah membandingkan-bandingkan anak dengan orang lain.

Jadi, menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, terdapat 10 tanda ibu ayah suka membanding-bandingkan anak. Kalau ada 10 tanda ini, mohon ubah diri ya.

Baca juga: Jus Bayam Untuk Tambah Zat Besi Anak, Sedap & Si Kecil Pasti Suka!

10 TANDA IBU AYAH SUKA BANDINGKAN ANAK

BANDINGKAN ANAK

1. Bahaya membanding-bandingkan anak. Hal ini kerana impaknya adalah sehingga dewasa.

2. Suka membanding dari sudut akademik, kerajinan, karakter, kelemahan dan seumpamanya.

3. Contoh ayat:

“Kakak rajin, kenapa adik tak boleh jadi macam kakak?”
“Tengok kawan tu, pandai dia tolong ibu dia. Abang kena jadi macam dia tau”
“Nampak orang angkat sampah tu? Kalau tak nak jadi macam dia kena belajar pandai pandai tau!”
“Adik ni lembik kuat nangis, tengok abang tak nangis pun”

4. Sentiasa ada benda yang tak puas dengan kemampuan anaknya.

5. Mempertikai kenapa anaknya berkelakuan begitu.

6. Kalau boleh mahu anak jadi paling sempurna langsung tiada kelemahan.

7. Menidakkan anak mungkin ada potensi tersendiri dan mahu anak ikut apa yang parent impikan.

8. Seboleh boleh mahu anak menyambung cita-cita atau impian parent yang tak tercapai.

9. Ingin anak ikut legasi keluarga seperti kerjaya dan pangkat

10. Paling kita risaukan banding membanding anak ni juga melemahkan silaturrahim antara ibu bapa dan anak.

Itu sebab makin besar, makin banyak gaduh, makin tak sefahaman dan makin banyak benci membenci.

Ingatlah bahawa apa sahaja ayat yang ada perbandingan itu bermakna ibu ayah sedang membandingkan anak. Ayat yang paling baik fokus pada diri anak itu sendiri.

Contoh: “Ibu tahu abg boleh buat” “Rajinnya abg tolong ibu, ibu suka”

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 5 Cara Handle Anak Kuat Menjawab & Tak Patuh Arahan, Tak Payah Pening Kepala Dah!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×