Asuh

5 Cara Handle Anak Kuat Menjawab & Tak Patuh Arahan, Tak Payah Pening Kepala Dah!

1.1K
SHARES
anak kuat menjawab

Pening kepala ibu ayah dibuatnya bila anak kuat menjawab sehingga tidak dapat menghalang apa yang mereka inginkan. Semua teknik sudah digunakan namun masih lagi tidak berjaya.

Jangan risau, teknik dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya pasti menjadi dan berkesan. Kalau tak percaya, cubalah.

Baca juga: Jus Bayam Untuk Tambah Zat Besi Anak, Sedap & Si Kecil Pasti Suka!

5 CARA KAWAL ANAK KUAT MENJAWAB, JANGAN CEPAT MARAH

anak kuat menjawab

Kita nak melahirkan anak ada pendirian dan prinsip yang jelas (jati diri) jadi kita tak boleh marah apabila dia menjawab sekiranya dia rasa dia betul ya.

1. Betul tapi….

Anak menjawab sebab dia rasa dia betul dan cakap betul tapi jelaskan kenapa dia kena ikut juga apa yang kita arahkan.

2. Buat dulu baru jawab

Anak tanya kenapa kena mandi, kenapa kena belajar, kenapa kena kemas katil.. tak perlu segera jawab tapi cakap je

“Abang buat dulu nanti ibu bagitahu”

3. Jawab dengan soalan

Kanak-kanak minda dia belum berkembang sangat seperti kita jadi ada beberapa perkara yang dia tak fikir pun. Jadi selain dari kita jawab kita bagi dia soalan lagi.

Contoh: “Kalau abang tak mandi abang wangi ke busuk?”

4. Tegas & konsisten

Walau sebijak apa pun anak menjawab jangan sesekali kita lentuk & termakan dengan manipulasi dia.. kena tegas, kena tetap, kena konsisten.

5. Ulang ulang ulang

Kita tak boleh malas untuk ulang-ulang cakap benda yang sama walau berapa kali pun. Anak kadang bukan tak faham atau tak tahu tapi dia memang perlukan ‘reminder’ setiap hari. Sama la seperti kita yang dewasa ini kadang-kadang hanyut juga kalau tak dapat peringatan.

Jadi, ibu ayah jangan melenting bila si anak banyak menjawab, cuba guna cara di atas. Mesti menjadi dan berkesan!

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

Baca juga: Tips Ajar Anak Ke Tandas, Ibu Ayah Kena Alert 2 Perkara Utama Ini

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×