Asuh

Tips Ajar Anak Ke Tandas, Ibu Ayah Kena Alert 2 Perkara Utama Ini

9
SHARES
AJAR ANAK KE TANDAS

Ajar anak ke tandas bukanlah satu perkara mudah sehingga ada yang putus asa mencuba. Hal ini kerana mungkin teknik digunakan tidak bersesuaian dengan si kecil.

Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebook, ibu ayah hanya perlu peka dengan dua perkara. Barulah si manja mahu ke tandas.

Baca juga: Jus Bayam Untuk Tambah Zat Besi Anak, Sedap & Si Kecil Pasti Suka!

TIPS AJAR ANAK KE TANDAS, MUDAH JE SEBENARNYA

AJAR ANAK KE TANDAS

Jangan tanya, ”nak pergi tandas tak?”

Kebanyakkan masa anak akan jawab tak nak atau tak mahu. Terutama ketika dia tengah seronok bermain atau tengok tv.
Seeloknya kita yang kena alert dua perkara ni.

1. Tanda tanda anak nak kencing

Contoh tanda tengok si anak sedang kepit alat sulitnya, terkinja kinja atau mundar mandar tak boleh duduk diam. Perhatikan betul betul kerana lain anak lain tandanya.

2. Alert dengan masa

Bagi anak bawah 1 tahun purata saiz pundi kencing mereka adalah 1-2 auns. Jadi, tempoh pundi kencing penuh adalah selama 1 jam tambah tolak.

Usia 1 hingga 3 tahun purata saiz pundi kencing budak dalam 3-5 auns. Jadi, tempoh pundi kencing untuk penuh adalah selama 2 jam tambah tolak.

Purata saiz pundi kencing di usia 4hingga 12 tahun pula ialah 7 hinhha 14 auns. Jadi, tempoh pundi kencing mereka penuh adalah sekitar 2 hingga 4 jam

Alert dengan masa bermakna cukup masa pundi kencing mereka penuh terus kata macam ni,

“Adik jom kencing”

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa di luar sana. Memang tak mudah tapi jangan putus asa.

Selamat mencuba.

Baca juga: Rawat Demam Campak Anak Guna 10 Petua Ini, Bukan Hanya Letak Krim Sahaja

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×