Asuh

Tak Mudah Tapi Berjaya, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Potty Train Anak Autism

43
SHARES
POTTY TRAIN ANAK AUTISM

Tak mudah sebenarnya nak mengajar anak menggunakan tandas jika ingin membuang air kecil atau besar. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu di laman Facebook di mana dia mengambil masa selama tiga bulan untuk potty train anak autism.

Jelasnya, 3 perkara yang dilakukan sememangnya banyak membantu dalam mengajar si kecil menggunakan toilet. Walaupun tak mudah, hasilnya memag puas hati.

Baca juga: Nak Anak Pandai & Sihat, Ibu Ayah Boleh Bagi Si Kecil Makan Ketam

IBU KONGSI PENGALAMAN POTTY TRAIN ANAK AUTISM

POTTY TRAIN ANAK AUTISM

Haaliq berusia 5 tahun dan masih lagi non verbal masa saya mula potty train. Ambil masa 3 bulan untuk Haaliq pass off diaper. Kalau anak typical, 3 hari dah ok. Anak autism ini special sikit memang perlukan kesabaran tinggi.

Langkah yang saya buat adalah:

1. BERITAHU ANAK PEE & POO DI TANDAS

Kena sentiasa beritahu anak, pee dan poo mesti di tandas. Kalau rajin, print gambar dan buat buku cerita. Selain itu, boleh juga bercerita supaya lebih mudah. Beli kad di Shopee dan tampal dekat pintu bilik air dan dinding bilik air. Biar dia tahu, apa dia kena buat.

2. SENTIASA KONSISTEN

Pastikan setiap 10 minit bawa anak pergi bilik air. Bila dah biasa macam ini, mereka akan faham dan ibu pun akan tahu jarak masa anak buang air kecil atau besar.

3. ALERT DENGAN SEBARANG TANDA

Ibu ayah kena sentiasa peka dengan sebarang tanda yang ditunjukkan oleh anak. Cepat-cepat bawa ke tandas supaya tak ‘terbabas’.

Bulan pertama, memang dia tak pergi dengan sendiri. Kena kita yang bawa. Kalau terlepas masa, dia akan membuang mana-mana sahaja sebab dah biasa masa pakai diaper.

Bulan kedua, bila dah dapat konsep membuang dekat toilet, baru mudah sedikit. Tetapi masih lagi kena sentiasa peka sebab si kecil 50/50.

Bulan ketiga baru dia akan pergi ke toilet dengan sendirinya tanpa beritahu saya. Untuk tidur malam, pastikan sebelum tidur pergi toilet.

Yang penting, parents kena sentiasa bersabar, sentiasa ingatkan anak, sentiasa alert. Penat menang penat tapi bila anak tak pakai diaper, memang lega.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Che Nor Burn

Baca juga: Walaupun Ayah Garang, Tapi Banyak Benda Yang Anak Belajar Tentang Hidup

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×