Nur

Ini 6 Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur Yang Anda Boleh Cuba, Baru Lebih Lena

43
SHARES
AMALAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR

Amalan Rasulullah sebelum tidur boleh dijadikan ibadah sunat untuk umat Islam. Beberapa amalan sederhana yang Baginda terapkan dapat memberi nilai positif.

Berikut kami kongsikan 6 amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah. Anda juga boleh cuba amalkan.

Baca juga: Ramai Yang Dah Buat Tapi Sebenarnya Ini Hukum Telan Air Mani Suami

AMALAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR, BOLEH CUBA!

AMALAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR

1. MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH

Nabi SAW mengajarkan umatnya agar membaca dua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah. Daripada Abu Huraira RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, 5009)

2. BARING PADA SISI KANAN

Selain memberi manfaat untuk jantung, tidur pada sisi kanan sangat digalakkan dalam Islam kerana ia boleh memudahkan seseorang untuk bangun solat pada waktu malam.

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

“Berbaringlah di atas rusuk kananmu.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

3. MEMBACA 3 QUL 

Berdasarkan hadis Nabi SAW daripada `Aisyah RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ‏{‏قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ‏}‏ وَ‏{‏قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ‏}‏ وَ‏{‏قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ‏}‏ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu dihembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas kemudian Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya itu ke bahagian badan (yang boleh dicapai) dimulai dengannya pada bahagian kepala sebanyak tiga kali.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5017)

AMALAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR

4. BACA DOA TIDUR

Doa tidur dikhususkan untuk mendapatkan tidur yang lena tanpa sebarang gangguan manusia atau jin.

Dari Hudzaifah, ia berkata, “Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan:

‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama Mu, Ya Allah aku ma ti dan aku hidup).’

Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: “Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada Nya lah tempat kembali).” – (Hadis Riwayat Bukhari)

5. BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ

Maksudnya: “Jika kamu mendatangi tempat pembaringanmu, maka berwuduklah seperti mana wudukmu untuk melakukan solat.” – [Hadis Riwayat Al-Bukhari (247), Muslim (2710) & Abu Daud (5046)]

6. MENGIBAS TILAM SEBELUM BARING

Anda digalakkan untuk mengibas tempat tidur kerana risau akan mendatangkan kemudaratan seperti haiwan berbisa iaitu ular dan kala jengking, hama, serangga kecil dan sebagainya.

Riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ، فَلْيَأْخُذْ دَاخِلَةَ إِزَارِهِ، فَلْيَنْفُضْ بِهَا فِرَاشَهُ، وَلْيُسَمِّ اللهَ، فَإِنَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا خَلَفَهُ بَعْدَهُ عَلَى فِرَاشِهِ، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَضْطَجِعَ، فَلْيَضْطَجِعْ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ، وَلْيَقُلْ : سُبْحَانَكَ اللهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي، فَاغْفِرْ لَهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: “Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya.”

Jangan lupa amalkan ya!

Baca juga: Sebelum Minta Cerai, Ini Cara Isteri Boleh Cuba Untuk Tegur Suami Kalau Tak Solat

Sumber: Aku Muslim & Merdeka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×