Asuh

Posisi Tidur Anak Ada Kaitan Dengan Karakter Mereka Rupanya, Baru Tahu!

24
SHARES
posisi tidur anak

Tahukah anda, bahawa karakter anak dapat dikenal pasti melalui gaya tidur mereka? Ada yang tidur meniarap dan ada juga yang tidur tanpa sebarang pergerakan. Oleh itu, jom kita baca dengan lebih mendalam lima jenis posisi tidur anak seperti yang dikongsikan di bawah. Barulah ibu ayah lebih mengenali si manja.

Baca juga: Tak Payah Beli Mahal-Mahal, Ini Cara DIY Sticker Anak Guna Baking Paper Je

POSISI TIDUR ANAK ADA KAITAN DENGAN KARAKTER MEREKA?

posisi tidur anak

1. TIDUR MENIARAP

Kanak-kanak yang tidur posisi ini dikatakan akan membesar menjadi seorang yang tenang dan berwibawa. Walau bagaimanapun, posisi ini tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan risiko bayi mati mengejut. 

2. TIDUR TANPA BANYAK PERGERAKAN

Posisi tidur ini dikatakan anak akan mendengar kata dan sentiasa menuruti permintaan ibu bapanya. Selain itu, mereka juga dikatakan seorang yang pendiam dan mudah cemas.

3. TIDUR SEPERTI STARFISH

Kanak-kanak yang tidur dalam posisi ini dikatakan mereka seorang yang peramah dan disenangi orang ramai.

4. TIDUR BANYAK BERGERAK

Anak yang tidur dengan banyak pergerakan atau menukar posisi ke kanan dan kiri sebenarnya menunjukkan petanda dia akan membesar menjadi seorang yang ceria dan menggembirakan ramai orang.

5. TIDUR SECARA MERINGKUK 

Posisi ini biasanya si kecil akan memeluk bantal supaya tidur lebih lena. Nampak comel tetapi posisi ini melambangkan anak seorang yang penakut.

Jadi, daripada lima gaya di atas ini, anak anda tidur posisi yang mana?

Baca juga: Lupa Tinggal Anak Lama Dalam Kereta! Ibu Ayah Praktis 9 Tips Ini Agar Kejadian Hitam Tak Berlaku!

Sumber: MOM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×