Nur

Hati-Hati Dengan Orang Bertalam Dua Muka, Ini Ciri-Ciri Anda Mungkin Tak Sedar

8
SHARES

Cabaran zaman sekarang bukan media sosial sahaja semakin canggih, kerosakan akhlak manusia pun tidak kurang ‘canggih’nya. Hati-hati dengan sikap bermuka-muka, atau peribahasa melayu menyebutkan talam dua muka kerana ia merupakan barah yang merbahaya dalam masyarakat.

Mengapa dikatakan bahaya? Kerana orang yang pandai bermuka-muka mudah mendapat kepercayaan, diberi amanah kemudian dia mengkhianatinya demi kepentingan peribadi.

Baca juga: 10 Sikap Untuk Kekal Bahagia & Berjaya Anda Kena Amalkan, Hidup Tenang…

HATI-HATI DENGAN DUA MUKA, INI CIRI-CIRI ANDA MUNGKIN TAK SEDAR

Ada beberapa ciri-ciri bagi yang orang bermuka dua, iaitu:

1. Manis mulut.

2. Tiada rasa malu dan simpati.

3. Susah menerima teguran.

4. Pandai berlakon.

5. Berdusta.

6. Tujuannya ingin melaga-lagakan manusia.

7. Inginkan pujian manusia dan dipandang mulia.

8. Mengkhianati janji dan amanah.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الْوَجْهَيْنِ الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah yang bermuka dua, yang mana dia datang pada suatu kaum dengan muka sekian, dan dengan kelompok yang lain dia bermuka yang lain.” (HR Bukhari dan Muslim)

Untunglah siapa yang sentiasa mencari-cari kekurangan yang ada pada diri untuk diperbaiki, sebaliknya mereka yang habiskan masa dan tenaga untuk menjatuhkan orang lain adalah yang paling rugi.

Namun tidak semestinya berbeza watak pada kelompok berlainan bererti kita seorang yang bermuka-muka kerana terdapat tuntutan untuk kita pamerkan sikap yang berbeza sesuai dengan keadaannya dan ini tidak termasuk dalam bermuka-muka seperti yang dicela dalam hadis. Contohnya:

– Seorang suami, ketika di tempat kerja dia bersikap kepimpinan dan tegas, tetapi ketika bersama keluarga, dia ceria dan banyak berjenaka.

– Seorang penuntut ilmu banyak berbicara dengan rakannya tetapi di depan guru dia banyak berdiam kerana menjaga adab.

– Seorang wanita berbual menggunakan bahasa yang santai, lalu ketika ada pejabat ia berbahasa halus dan sopan.

Ini semua merupakan sikap terpuji kerana menepati sabda Rasulullah SAW:

أَنْزِلُوا النَّاسَ مَنَازِلَهُمْ

Maksudnya: “Perlakukanlah orang lain dengan perlakuan yang sesuai untuk mereka masing-masing.” (HR Abu Daud, hadis sahih)

DOA SUPAYA DIBERIKAN AKHLAK YANG BAIK

Sama-sama kita amalkan doa ini agar Allah SWT menghiasi diri kita dengan akhlak yang indah:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ 

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukilah aku akhlak yang baik, dan tak ada yang dapat menunjuki akhlak terbaik melainkan Engkau. Dan jauhkanlah aku daripada akhlak yang tercela, kerana tidak ada yang dapat menjauhkanku daripada akhlak tercela melainkan Engkau.” (HR Muslim, hadis sahih)

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×