Aktiviti menampal sticker memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Setiap kali keluar pasti meminta sticker baru walaupun di rumah masih ada lagi yang tidak dibuka. Untuk mengelakkan pembaziran, apa kata ibu ayah buat sendiri sahaja sticker untuk anak dengan menggunakan baking paper seperti perkongisan Puan Nazia Suhami. Kalau nak tahu cara DIY sticker anak paling mudah dan jimat, kena cuba cara di bawah ini.
Baca juga: Lupa Tinggal Anak Lama Dalam Kereta! Ibu Ayah Praktis 9 Tips Ini Agar Kejadian Hitam Tak Berlaku!
CARA DIY STICKER ANAK GUNA BAKING PAPER, MUDAH SANGAT!
Bahan-bahan:
- Non stick baking paper
- Kertas lukisan
- Pensel warna/marker
- Seletep
- Gunting
Cara-cara:
1. Seletep pada baking paper dulu untuk buat base. Saya seletep banyak-banyak terus penuh satu kertas.
2. Ambil kertas lukisan dan lukis comel-comel macam tu.
3. Warnakan lukisan guna pensel warna atau marker.
4. Lepas siap warna, gunting lukisan tadi dengan tinggalkan sedikit warna putih di sekeliling lukisan.
5. Susun cantik-cantik atas baking paper yang sudah siap diseletep sebelum ini.
6. Kemudian seletep lagi sekali atas lukisan tu. Maknanya, nak buat sticker DIY ini kena 2 kali seletep kertas.
7. Pastikan gunting lebih daripada kertas lukisan tu ya. Kalau tak, nanti tak melekat.
8. Akhir sekali, buka baking paper tadi macam buka sticker dan tampal. Senang kan?
Boleh cuba hujung minggu ini bersama anak di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Nazia Suhaimi