Asuh

Jangan Halang Anak Main Tampal Sticker, 5 Aktiviti Ini Boleh Buat Si Kecil Jadi Super Bijak!

21
SHARES
aktiviti sticker untuk anak

Aktivit menampal sticker merupakan antara aktiviti pra menulis yang sangat baik, mudah dan murah untuk anak. Menampal sticker pada garisan dapat membantu anak mewarna dalam garis dan menulis ikut garisan.

Aktiviti ini sesuai dilakukan untuk anak dua tahun ke atas kerana ketika fasa ini mereka sudah tidak memasukkan barang ke dalam mulut. Banyak sebenarnya aktiviti sticker untuk anak-anak, kalau ibu ayah nak tahu apa, jom baca!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 7 Cara Ajar Anak Membaca, Tak Susah & Jangan Stres!

5 AKTIVITI STICKER UNTUK ANAK, TERUS JADI SUPER BIJAK. WOW!

AKTIVITI STICKER UNTUK ANAK

1. Masa lukis, biar anak nampak kita lukis

Anak-anak suka belajar dengan meniru apa yang kita buat. Jadi, lukis sahaja sendiri. Nanti anak akan rasa suka dengan pensel dan kertas sebab berjaya buat mama dia lukis objek cantik untuk dia. Sambil lukis tu, sambil borak dengan anak apa gambar yang kita lukis tu.

2. Guna tack-it/selofan tape untuk lekatkan kertas pada meja

Nak buat aktiviti motor halus macam ini, kena kurangkan gangguan. Target kita nak anak kenal garisan dan guna sticker.

Jadi, kurangkan kesusahan anak nak kawal kertas daripada terbang pula. Fokus kemahiran apa yang kita nak anak belajar dalam setiap aktiviti tersebut.

3. Ajar anak tanggal sticker dengan kedua belah tangannya aktif

Taknak letak sticker atas meja tapi, latih anak untuk pegang sebelah tangan, dan tanggalkan sticker dengan sebelah tangan lagi. Kalau anak tak tahu? Tunjuk. Teknik macam ini akan latih anak untuk guna tangan yang dia prefer atau kita panggil tangan dominan

AKTIVITI STICKER UNTUK ANAK

4. Guna lagu untuk galakkan anak siapkan kerja dia

Setiap kali anak tampal sticker, nyanyi satu lagu mudah. “Lebah jalan-jalan, Aufa tampalkan.. Lebah jalan-jalan, Aufa tampalkan..”

Sampai lagu itu menghantui kepala anak dan sampai anak pun ternyanyi sekali. Sedap tak sedap, belakang kira.

5. Beri anak ruang untuk siapkan sendiri

Bila mereka dah ada rentak untuk buat aktiviti itu, jauhkan sedikit diri kita daripada sebelah anak. Kalau anak bangun daripada meja bila kita tiada, ajak balik, create semula momentum minat anak dengan lagu tadi.

Bila anak dah leka semula, tinggalkan dia sekejap. Ini akan latih si kecil untuk berdikari dan yakin bahawa dia boleh siapkan kerja dia tanpa kita.

Mudah kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar.

Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×