Asuh

Ibu Ini Kongsi 7 Cara Ajar Anak Membaca, Tak Susah & Jangan Stres!

17
SHARES
cara ajar anak membaca

Tidak dinafikan, memupuk minat anak sejak kecil untuk membaca agak susah dan itu merupakan antara cabaran ibu bapa perlu lalui. Impian setiap ibu bapa pasti ingin melihat si anak tahu membaca seawal usia enam tahun tetapi perkara ini tidaklah semudah yang disangka.

Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, beliau ada kongsikan 7 tips cara ajar anak membaca untuk ibu ayah ikut. Ujarnya, jangan sesekali paksa anak dan stres kerana ia akan menyebabkan minat mereka untuk membaca berkurang. Bahaya!

Baca juga: Doktor Kongsi Teknik 5s Atasi Bayi Susah Tidur Malam, Ibu Tak Pening Kepala Dah!

7 TIPS CARA AJAR ANAK MEMBACA IBU AYAH BOLEH IKUT

cara ajar anak membaca

Saya ajar anak guna kaedah fonik dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni. Tapi jangan bimbang. Kalau mommies nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ini masih lagi boleh ikut.  

1. READ ALOUD

Seawal 6 bulan mommies dah boleh bacakan buku cerita kerana kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan dan sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.

Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Fokus perkembangan lain dulu ya mommies.

2. DENGAR LAGU 

Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali. Untuk fonik saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”.

Ini link video ya kalau mommies nak tengok: https://youtu.be/-FPD_b_Zuik .Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu abc pun boleh.

3. BERMAIN DENGAN HURUF 

Setiap huruf itu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.

Saya suka kalau aktiviti dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak. Kemudian, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut. Banyak aktiviti boleh cuba tau!

cara ajar anak membaca

4. GABUNG BUNYI 

Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh. Part sini saya DIY muka hello kitty tu.

Letak huruf satu-satu: /beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.

5. AKTIVITI SUKU KATA 

Kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka. Contoh ada dekat gambar suka bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.

  • Da-hi
  • Pi-pi
  • Da-gu
  • Ka-ki

Ya, belajar dengan buku seronok tapi budak-budak lagi suka buat aktiviti. Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu.

6. MEMBACA DI MANA-MANA 

Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama. Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan?

Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.

cara ajar anak membaca

7. JANGAN STRES, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING

Akhir sekali, ibu ayah angan stres bila mengajar anak membaca sebab anak pun akan ikut stres dan membuatkan mereka tidak berminat untuk belajar membaca.

Selalu peluk dan puji anak untuk menarik minat mereka. 5 hingga 15 minit sehari belajar membaca pun dah cukup. Selebihnya banyakkan bermain sambil belajar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Azila Ghani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×