Asuh

Jangan Risau Anak Bawah 6 Tahun Belum Kuasai 3M, Biarkan Si Kecil Menikmati Fasa Bermain Dahulu…

22
SHARES
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menerusi perkongsian milik Fatin Raihanaz di laman Facebooknya, dia menjelaskan bahawa ada segelintir ibu bapa tidak berpuas hati dengan perkembangan kanak-kanak apabila menghantar anak ke tadika swasta.

Jelasnya, ibu bapa tidak menggemari aktiviti yang dilakukan di tadika seperti menari, melukis, memanah dan lain-lain kerana boleh mengganggu perkembangan kanak-kanak sepert tidak pandai membaca.

Baca juga: Didik Anak Guna Cara Gentle Parenting Tak Salah, Kena Selitkan Unsur-Unsur Ini!

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN LEBIH PENTING DARI 3M

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

“Semalam terbaca post pengalaman hantar anak ke tadika swasta. Ramai yang merungut anak tak pandai membaca tapi hari-hari sibuk beraktiviti menari, melukis, memanah dan buat persembahan sahaja,

“Saya jenis parents yang tahu apa yang saya nak untuk anak saya. Saya tahu 3M penting, tapi fitrah anak dibawah 6 tahun lebih penting,” ujarnya.

Menurut Fatin, ketika usia 4 tahun dia sudah boleh mula membaca surat khabar dan membuat latihan matematik di rumah. Tambahnya juga, dia lebih mengemari jika cikgu di tadika atau taska memilih aktiviti bersesuai dengan umur anak.

“Saya 4 tahun dah boleh baca surat khabar. 5 tahun soalan darab bahagi dah jadi makanan latihan dari mak saya. Bila saya ada anak, soalan pertama saya tanya pada teacher, ada kerja sekolah tak? Apa approach mereka dalam mengajar? Kalau boleh saya taknak kerja sekolah. Saya nak dia bermain sebab saya tahu, bila dibekalkan dengan banyk skill, setakat 3M mudah sangat untuk dia belajar nanti,” katanya.

Fatin juga lebih bersetuju sekiranya kemahiran lain diterapkan terlebih dahulu sebelum mementingkan 3M. Hal ini kerana sesetengah orang hanya pandai dalam sesuatu perkara sahaja.

“Pada saya Emotional Intelligence yang saya perlu tiktikberatkan. Saya taknak anak saya pandai membaca, tapi kuat memberontak. Mahir maths, tapi tiada empathy. Hebat menulis karangan tapi bahasa pada orang kasar. Hanya kerana tak pandai mengawal emosi sendiri. IQ tinggi tapi lemah EQ.

“Sebenarnya saya sendiri muak dengan cara pembelajaran saya dulu. Dulu saya kuat memberontak. Belajar pandai tapi kurang empati sebab masa saya banyak dihabiskan dengan buku bukan manusia. Sampailah saya masuk asrama. Baru saya sedar, aktif dan beraktiviti dengan manusia membentuk peribadi serta kemahiran sosial saya,” luahnya.

Tinggi IQ tapi lemah EQ juga gagal. Belajar bukan satu tekanan untuk memenuhi keperluan dunia. Ilmu lebih dari itu. Perlukan minat dan keghairahan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Didik Anak Guna Cara Gentle Parenting Tak Salah, Kena Selitkan Unsur-Unsur Ini!

Sumber: Facebook Fatin Raihanaz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×