Bergelar ibu bapa tidak semudahnya yang disangka dan kadang kala pasti berada di luar kawalan sekiranya sedang emosi. Perkara ini turut menjadi tanda tanya mengenai hukum pukul anak, marah dan cubit sekiranya baru berusia 1 tahun.
Persoalan mengenai hukum pukul anak tersebut ada dijelaskan di bawah dan diharapkan agar ibu bapa di luar sana berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara.
Baca juga: Idea Dekorasi Bilik Gaming Untuk Cik Abang, Senyum Sampai Telinga Kalau Dapat Macam Ini!
HUKUM PUKUL ANAK UMUR 1 TAHUN, MARAH DAN CUBIT
Rasulullah S.A.W bersabda:
مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
Maksudnya: “Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.” Riwayat Abu Daud (495)
Hadis di atas menjelaskan kepada ibu bapa untuk memberi didikan kepada anak-anak mereka terutamanya dalam melaksanakan ibadah solat.
Zahir daripada hadis di atas adalah, kedua ibu bapa boleh untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak itu meninggalkan solat semasa berumur sepuluh tahun.
Berbalik kepada persoalan mengenai mengenai pukul anak yang berusia 1 tahun tanpa melakukan kesalahan adalah tidak digalakkan kerana sesiapaa bersikap keras terhadap anak-anak adalah tindakan yang telah menyimpang dari fitrah dan syariat Islam.
Ketahuilah bahawa seorang bayi itu tidak akan menangis dengan sendirinya dan pasti ada sebabnya. Jadi, sebagai ibu bapa adalah wajib untuk anda sentiasa memberikan kasih sayang dan tidak memukul mereka sekiranya tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.
Menerusi perkongsian laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa kaedah boleh digunakan untuk mendidik anak selain nasihat dengan lidah dan teguran dengan lemah lembut.
1. Merotan
Dalam merotan anak-anak, sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali. Rotan pula hendaklah dengan niat untuk mendidik anak dan membentuk peribadi mulia pada diri mereka. Bukan merotan untuk menghukum dan mencederakan anak.
2. Memukul
Ibu bapa dilarang memukul di bahagian muka anak kerana, terdapat larangan daripada Nabi S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah anh dan muka seseorang itu adalah tempat yang lembut serta menghimpunkan keseluruhan keindahan.
Kesimpulannya, hukum pukul anak, cubit dan marah jika tidak melakukan kesalahan dan masih berusia 1 tahun adalah tidak digalakkan.
Anak merupakan satu amanah daripada Allah SWT untuk anda pelihara dan memberi didikan sebaik mungkin. Tindakan mencederakan anak akan disoal di akhirat kelak.
Baca juga: Atuk Dakwa Cucu Kena Tampar Di Sekolah Sehingga Berbekas Muka?
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Islam info