Percutian

Kuala Lumpur Menjadi No.1 Bandar Di Asia Paling Peramah & Mesra Pelancong, Sebagai Rakyat Kita Patut Bangga!

8
SHARES
BANDAR KUALA LUMPUR

Perkongsian artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa negara di Asia yang tersenarai sebagai negara paling peramah. Tangga pertama adalah bandar Kuala Lumpur kerana memiliki sifat mesra terhadap pelancong.

Bagi mengetahui senarai seterusnya untuk negara Asia paling peramah, ikuti penulisan penuh di bawah ini.

Baca juga: Berita Best Cuti Sekolah Untuk Orang ‘Utagha’, Harga Tiket Bukit Merah Laketown Waterpark Hanya RM20!

BANDAR KUALA LUMPUR TEMPAT PERTAMA NEGARA PALING PERAMAH

BANDAR KUALA LUMPUR

1. Kuala Lumpur, Malaysia

Rakyat Malaysia sememangnya mesra dan baik kepada orang luar dan ini merupakan contoh terbaik. Sifat mesra dan peramah membuatkan pelancong gemar memilih Malaysia sebagai destinasi percutian.

2. Taipei, Taiwan

Selanjutnya, Taipei merupakan negara asia peramah dan diminati oleh pelancong. Penduduk di negara ini sangat mesra dengan semua orang tanpa mengira bangsa.

3. Chiang Mai, Thailand

Sebut sahaja Thailand, pasti rata-rata anda tahu bahawa penduduknya gemar memberi senyuman kepada orang luar. Chiang Mai dipilih sebagai paling peramah kerana penduduk tempatan suka membantu pelancong yang hadir.

4. Manila, Philippines

Penduduk Manila sememangnya terkenal dengan sikap mengalu-alukan pelancong dan sangat mesra. Mereka mempunyai satu sikap di mana sangat tidak sabar untuk menunjukkan kawasan sekitar kepada orang luar.

5. Istanbul, Turki

Negara Asia peramah yang selanjutnya adalah Istabul, Turkey. Bandar ini sangat indah dan rata-rata pelancong sungguh gembira sekiranya bercuti di sini.

6. Kathmandu, Nepal

Walaupun Kathmandu merupakan satu bandar kecil, namun penduduknya sangat berbudi perkerti dan menghormati orang luar. Penduduk tempatan akan melayan anda dengan sikap yang baik.

7. Singapura

Bandar moden dan selamat untuk pelancong ini juga tersenarai dalam negara di Asia paling peramah. Kepakaran bertutur dalam bahasa Inggeris membuatkan pelancong gemar bercuti di sini.

8. Hong Kong 

Hong Kong adalah sebuah bandar yang mempunyai penduduk bersikap positif dengan orang luar. Walaupun anda tidak dikenali, senyuman sentiasa ada di bibir.

9. Jaipur, India

Jaipur adalah bandar popular dalam kalangan pelancong kerana sikap positif yang ditunjukkan oleh penduduknya.

10. Abu Dhabi, UAE

BANDAR KUALA LUMPUR

Bandar kosmopolitan ini mendapat tempat ke-10 untuk negara Asia paling peramah.

11. Seoul, Korea Selatan

Korea sudah pastinya tempat kegemaran terutama bagi mereka yang menyukai ‘dunia’ k-pop. Bandar paling mesra di Asia ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi kerana penduduknya sangat menghormati pelancong luar.

12. Muscat, Oman

Bandar kosmopolitan yang sedang berkembang pesat di Oman mempunyai sikap positif terhadap orang luar. Ia menjadikannya tempat ideal untuk dikunjungi.

13. Jakarta, Indonesia

Negara peramah di Asia seterusnya adalah Jakarta, Indonesia. Sikap peramah dan suka menolong orang luar membuatkan pelancong tertarik.

14. Siem Reap, Kambodia

Kemboja sebahagian besarnya belum dibangunkan tetapi penduduk tempatan sangat mengalu-alukan pelancong. Orang-orang di sini menyambut anda dengan senyuman dan kemesraan di mana-mana, walau di gerai atau hotel mewah.

15. Bandar Cebu, Filipina

Bandar Cebu menjadikannya dalam kategori negara di Asia paling peramah kerana sikap penduduknya yang positif. Ia adalah bandar yang mudah untuk anda bersosial kerana penduduk tempatannya pasti akan membantu.

16. Tokyo, Jepun

Tidak terkejut sekiranya Tokyo berada di tangga ke-16 kerana kerana penduduk di sini sememangnya sangat mesra kepada pelancong luar.

17. Dubai, UAE

Bandar ini mempunyai pelbagai budaya yang menakjubkan di mana mampu membuatkan pelancong berasa dialu-alukan dan selamat pada setiap masa.

18. Guangzhou, China

Walaupun terdapat halangan bahasa antara orang luar namun penduduk tempatan di sini akan memastikan anda mempunyai pengalaman positif ketika bercuti di sini.

19. Colombo, Sri Lanka

Bandar Sri Lanka merupakan hab komersial dengan pelbagai sajian makanan yang meriah.

20. Ho Chi Minh City, Vietnam

Walaupun bandar Ho Chi Minh agak sesak dan sukar dikawal namun orangnya sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, adakah anda bangga bandar Kuala Lumpur berada di tempat pertama?

Baca juga: 15 Tempat Menarik Di Indonesia, Tak Jemu Mata Lihat Keindahan Alam Semula Jadi

Sumber: Enjoy Travel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×