Percutian

Johor Rupanya Ada 9 Pulau Tercantik Ini, Boleh Pergi Bawa Keluarga!

139
SHARES
pulau di johor

Kalau anda mencari pulau di Johor untuk dilawati dan dijadikan destinasi percutian, nah penulis kongsikan 9 senarai pulau untuk pilihan anda.

Setiap pulau ini memiliki tarikan tersendiri yang anda tak boleh dapat di tempat lain. Asyik hadap kesibukan kota pun bosan juga kan?

Baca juga: Wow! Tak Sangka Ada 15 Tempat Menarik Di Tumpat Kelantan, Wajib Anda Kunjungi

SENARAI PULAU DI JOHOR KENA SINGGAH, CANTIK SANGAT

pulau di johor

Sumber: Melancong

1. Pulau Tinggi

Pulau Tinggi merupakan tempat penyu menetas dan ini membuatkan ia lebih menarik. Disarankan datang ke sini pada bulan Mei hingga September.

Selain melakukan aktiviti seperti snorkeling, berkelah dan aktiviti pantai, anda juga boleh mendaki dan melawati pulau-pulau di kawasan sekitar.

Lebih menarik lagi, pulau ini menyediakan tapak perkhemahan untuk untuk anda gunakan. Memang puas hati dan berbaloi-baloi!

2. Pulau Tengah

Pulau Tengah mempunyai kira-kira 10 pantai yang indah, tenang dan terpencil. Pelancong perlu sampai ke pelabuhan Mersing untuk ke pulau Tengah.

Ia terletak kira-kira 9 batu nautika atau 16 km dari pelabuhan ini. Merentasi perairan biru yang luas selama kira-kira 20 minit, pulau ini sudah tentunya destinasi terbaik untuk bercuti.

3. Pulau Besar

Pulau Besar atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan antara tempat popular yang selamat untuk dikunjungi.

Keindahan pulau yang kaya dengan terumbu karang dapat dilihat dari pemukaan air kerana jernih dan bersih. Pelbagai aktiviti berasaskan air boleh dilakukan di sini untuk memenuhi masa anda.

4. Pulau Dayang

Pulau Dayang merupakan antara pulau di Johor yang popular dan menjadi tarikan pelancong. Sekiranya anda inginkan ketenangan semasa bercuti, pulau ini adalah pilihan terbaik.

Pulau ini menjadi tarikan dalam kalangan penyelam kerana merupakan lokasi ikan yu, ikan paus dan pari. Pulau Dayang juga menyediakan kursus sekiranya anda ingin belajar menyelam tetapi disediakan pada bulan Februari hingga November.

Aktiviti air seperti snorkeling dan lain-lain juga tersedia dengan keindahan yang sangat menakjubkan.

5. Pulau Rawa

Seterusnya, pulau di Johor sering dikunjungi adalah Pulau Rawa. Keindahan pasir berwarna putih dan air kebiruan sudah pastinya menjadi tarikan orang ramai.

Sekiranya ingin melihat kehidupan di dasar laut, pulau ini adalah pilihan tepat. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti trekking dan perlu mendaki 270 anak tangga sehinhgga ke puncak.

6. Pulau Harimau

pulau di johor

Sumber: The Journey : Hope, Dreams & Passion

Walaupun nama pulau sedikit menakutkan namun keindahan di sini sangat memukai. Airnya yang jernih menjadikan pulau ini menjadi tempat persinggahan para penyelam.

Antara tarikan di Pulau Harimau ini adalah kolam semula jadi dikelilingi oleh ukiran batu cantik. Layan view sambil tengok sunset memang puas hati.

7. Pulau Sibu

Pulau Sibu merupakan gabungan beberapa pulau lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.

Air di pulau ini berwarna biru kehijauan dan hidupan laut juga menarik perhatian pencinta laut. Pelbagai aktiviti seperti snorkeling, paya bakau, selam skuba dan mendaki hutan.

8. Pulau Aur

Pulau Aur antara pulau di Johor yang menarik minat pelancong. Hal ini kerana keindahan warna air, kolam semula jadi dan lain-lain.

Pelbagai hidupan laut boleh dijumpai di sini dan dinasihatkan agar tidak datang pada bulan November sehingga Mac kerana cuaca tidak sesuai untuk melakukan aktiviti berasaskan air.

9. Pulau Mensirip

Pulau Mensirip terletak di Mersing, Johor dan merupakan pulau persendirian. Pulau ini telah dianugerahkan dengan status Taman Laut.

Wah! Seronoknya. Yang mana satu nak pergi dulu?

Baca juga: Tempat ‘Healing’ Baru Di Trong Perak, Sesuai Bawa Anak & Banyak Aktiviti Boleh Buat

Sumber: Ammboi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×