Percutian

Sebelum ‘Terbang’ Ke Kashmir, Kena Tahu 10 Tips Penting Ini. Baru Macam Bukan Pelancong!

2
SHARES
TIPS KE KASHMIR

Sebelum melancong ke negara asing, seeloknya menimba ilmu terlebih dahulu kerana risau perkara tidak diingini berlaku seperti ditipu. Kalau anda memilih India sebagai destinasi pelancongan, ini 10 tips ke Kashmir yang perlu diketahui.

Jangan ambil mudah kerana pelbagai peraturan perlu difahami. Selamat membaca!

Baca juga: Jangan Tinggal 3 Dokumen Penting Ini Kalau Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand

10 TIPS KE KASHMIR INDIA, PENTING SEBELUM ANDA ‘TERBANG’

TIPS KE KASHMIR

1. Untuk ke Kashmir, boleh ambil flight KUL – DEL. Dari New Delhi ambil domestic flight ke Srinagar. Walaupun penerbangan hanya mengambil masa selama 1 jam 30 minit, tapi di antara dua wilayah ini amat jauh perbezaannya.

Majoriti penduduk di Kashmir adalah muslim, dekat mana sahaja kita pergi mesti akan jumpa masjid. Anak-anak kecil berkopiah comel membawa buku berjalan kaki pergi ke sekolah.

Kebanyakan orang dekat sini berkulit cerah, berjanggut bersih, muka budak-budak putih gebu kemerahan. Lebih mirip kepada orang pakistan.

2. Underrated. Kashmir ni tak maju. Nampak kotor, mundur dan sering dimomokkan dengan bahaya barangkali. Indian army bersenjata ada di mana saja mengawal kerana Kashmir wilayah yang masih menjadi perebutan oleh banyak kuasa besar.

Penduduk muslim Kashmir tersepit dan dihimpit. Pertanian dan pelancongan adalah sumber ekonomi terpenting dekat sini. Bagi yang suka perjalanan yang menginsafi, mensyukuri apa yang telah kita miliki mungkin Kashmir salah satu destinasi yang perlu diterokai.

3. Trip ke India vibes dia lain macam sikit. Membesar dengan cerita dan lagu hindustan, so agak sentimental trip kali ni ya. Jadi bila pertama kali dapat jejak kaki dan lihat sendiri keadaan kat sini (kashmir) SubhanAllah. Cantiknya alam ciptaan tuhan.

Pergi lah pada musim apa pun, setiap ruang ada keindahannya yang tersendiri. Saya berpeluang untuk pergi pada musim peralihan salji ke musim bunga (12 March 2023), Alhamdulillah dapat lihat bunga yang sedang kembang mekar di setiap tempat dan sempat jugak bermain salji dalam masa yang sama. Siap rasa snow fall lagi.

Kena bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum ambil keputusan nak travel ke Kashmir ok. Fizikal kena fit. Kalau jenis sakit lutut, kena makan ubat siap-siap ye sebab airport New Delhi ni besar sangat. Ada 78 gates semua. Flight ke Srinagar kena pegi ke gates 49. Bayangkan betapa jauhnya nak berjalan.

TIPS KE KASHMIR

Lagi, disebabkan Kashmir di control oleh kerajaan India, jadi banyak perkara agak terbatas. Contohnya kita as tourist tak boleh simply beli simcard kat sini. Perlu daftar alamat, ambil gambar details semua tu. Renyah keja la senang cerita.

Jadi biasanya orang akan pinjam simcard daripada tour guide local dan just topup untuk guna internet (jenis diy trip). Or else, kalau dah join trip dengan travel agent, tak perlu sangat pun.

Hanya guna internet untuk update masa dekat hotel saja. Tapi kalau sejenis kaki diva, hidup tak boleh bernafas kalau tak ada internet tu memang susah sikit la. Boleh travel cari tempat lain, europe contohnya. Electricity pun agak terbatas setiap hari. Ada masa tertentu kena cut off electric dekat hotel/houseboat.

4. Kashmir airport adalah military airport. Jadi photography is not allowed tapi kalau jenis suka record video tu, pandai-pandai lah cover ye.

Ramai tentera India siap bersenjata jaga kawasan. Nak masuk sini pun sangat la strict. Kalau nak tahu bermula dari new delhi airport fly ke srinagar tu punya lah berpuluh banyak check point yang nak kena tempuh. Sampaikan dah nak masuk pintu kapal terbang pun kena scan badan lagi. Fuh. Risau sungguh!

TIPS KE KASHMIR

5. Pahalgam – Perjalanan ambil masa selama 3 jam dari Sringar. Pony ride adalah aktiviti paling famous dekat sini. Pengalaman pertama saya dapat naik kuda menyusuri perkampungan dan pergunungan di Pahalgam dengan pemandangan yang cukup indah.

Horse ride 1500Rp/pax. Tips untuk pony man lain ya. Bagi la seikhlas yang boleh. Saya bagi 500Rp padan dengan kerja yang dia buat. Banyak suruh dia ambik gambar/video. 1 jam lebih kot dia kena berjalan kaki bawak kuda kita.

Baca juga: Ibu Kongsi Itinerari Lengkap Pengalaman Percutian 14 Hari Ke Thailand Bersama 2 Orang Anak

6. Gulmarg – Perjalanan ambil masa selama 2 jam dari Srinagar. Tempat paling famous untuk winter activity. Skiing, sledge, snow mobile etc.

Dekat sini kita terpaksa hire another tour guide untuk bawak kita start dari tempat parking nak ke gondola station (cable car) dan seterusnya beraktiviti kat atas gunung salji. Dari tempat parking nak ke gondala tu agak jauh ya kalau nak jalan kaki. About 1 km walking. Boleh semput kalau yang tak tahan.

Tapi jangan risau, ada service sledge man yang akan tarik kita menuju ke gondola station atau kalau nak sewa jeep pun ada. Sedia duit saja.

TIPS KE KASHMIR

7. Sonamarg – Perjalanan ambil masa selama 30 minit dari hotel yang kami inap di Rose Inn heritage, Srinagar. Kita akan disajikan dengan banyak pemandangan ladang bunga canola yang tengah kembang kuning di sepanjang perjalanan. Cantik sangat view.

Kami sempat singgah di satu ladang bunga canola so apa lagi pakat sakan semua berposing, menari ala-ala hindustan dekat situ. Di Sonamarg antara aktiviti best di musim salji ialah photo/video shooting, berkuda dan sledge ride. Sledge man akan tarik kita dari bawah naik ke puncak gunung.

Kalau nak jalan kaki sendiri pun boleh. Tapi pancit awal rasanya. Jauh ok nak daki gunung salji tebal tu. Harga untuk sledge ride 1500Rp. Tips macam biasa, diorang akan mintak lagi. Bagi je lah berapa pun kalau tak dia akan mengekor kita sampai dapat upah dia. Saya bagi lagi 500Rp untuk pakcik yang tarik sledge saya tu. Penat keja dia.

8. Dal Lake – Boleh stay 1 malam kat sini untuk rasai pengalaman menginap dalam house boat. Lepastu boleh ambil shikara ride pusing-pusing tasik.

9. Disebabkan penduduk Kashmir ramai Muslim, jadi tak perlu nak risau bab makan. Yang penting cari lah restoran yang nampak elok dan bersih.

TIPS KE KASHMIR

Time ni la boleh check in sekali depa punya tandas buang hajat apa yang patut. Kalau bersih, insyaAllah semua ok lah tu. Our tour guide tak recommend makan street food takut perut tak tahan dan sepanjang 7 hari dekat sini, tak kena la food poisoning ke apa. Alhamdulillah.

Lagi satu dah datang travel jauh-jauh, takkan nak kena masak pula kan. Big nehi! Mesti kena rasa nasi briyani/pulao/lamb chicken bbq dekat sini. Series! Padu yang amat.

10. Kalau ada orang tanya nak pergi Kashmir lagi tak? Definitely I will say yes sambil tutup mata dan telinga tak nak ingat pasal bunyi hon non stop dekat jalan. Berdesing telinga.

Just pergi dan alami sendiri. Kotor and banyak sampah tu biasa lah, Paris lagi hancing. It is better to see something once than to hear about it hundred times.

Baca juga: Hati-Hati Bercuti Ke Kundasang, Kalau Pertama Kali Kena Baca Tips Ini Dulu

Sumber: Facebook Ida Mhassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×