Percutian

‘Potong Stim’ Bila Tengah Melancong Luar Negara Tiba-Tiba Passport HILANG! Apa Anda Kena Buat?

passport hilang

Passport merupakan barang yang paling utama untuk dibawa bagi anda yang bakal melancong ke luar negara. Namun, malang tidak berbau, passport ini juga berpotensi untuk hilang ketika anda sudah berada di luar negara di saat sedang bersuka ria! Apa nak buat bila passport hilang dalam keadaan gelabah?

Tarik nafas dan hembus dulu kerana ini merupakan 4 langkah penting perlu anda lakukan apabila berada dalam situasi kucar-kacir ini. Risau juga kalau tiba-tiba ‘dicop’ sebagai pelarian atau pendatang asing!

Baca juga: Cara ‘Beradab’ Bila Check-In Hotel, Baru Tahu Tips No.2 Boleh Elak Diganggu Oleh ‘Benda’

APA NAK BUAT BILA PASSPORT HILANG DI LUAR NEGARA?

passport hilang

1. Buat laporan polis di balai yang terdekat

Tak kira anda berada di London ke Turkiye ke, pergi saja buat report yang menyatakan passport anda hilang dan cerita secara elok kronologi macam mana passport boleh hilang.

2. Laporkan kepada kedutaan Malaysia yang ada di sana

Sebelum pergi pejabat kedutaan semak dahulu waktu bekerja mereka. Dapatkan surat/sijil perakuan cemas . Sijil ini fungsinya sebagai kebenaran anda melancong sementara dan anda wajib terbang pulang ke Malaysia terus tak boleh singgah mana-mana negara kalau pakai sijil tersebut. Sijil tersebut cuma sah untuk 12 bulan sahaja.

3.Barang kena bawa di kedutaan

Apa yang perlu anda bawa pergi kedutaan adalah:

– IC / Mykid
– Salinan laporan polis
– Gambar passport
– Yuran proses ( Rm50+ ) ikut mata wang negara tersebut
– Borang F ( Borang permohonan passport /perjalanan diisi sepenuhnya dan ditandatangani

Tapi sesetengah kedutaan nak tengok:

-Tiket kapal terbang
-Sijil lahir budak bawah 12 tahun (kalau ada)
-Surat menerangkan bagaimana passport anda hilang- Proses selalunya 3-5 hari bekerja

4.Proses bila sampai Malaysia

Sampai saja Malaysia terus buat passport baru dan sudah semestinya anda akan didenda ya!

-Pertama kali: Rm400
-Kali kedua : Rm700
-Kali ketiga : Rm1200

passport hilang

*Begitu juga kalau passport rosak yang kena hujan/ koyak / tak sempurna anda akan didenda juga. Jadi jagalah passport anda ibarat IC anda dan seperti nyawa sendiri apabila melancong! Kalau bawa pasangan, jangan sampai pasangan yang hilang…

Baca juga: Tarikh Baki Cuti Sekolah Di Akhir Tahun 2024, Sempat Lagi Nak Plan Jalan-Jalan Bawa Keluarga Bercuti!

Sumber: X @zalyazahari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×