Percutian

Cara ‘Beradab’ Bila Check-In Hotel, Baru Tahu Tips No.2 Boleh Elak Diganggu Oleh ‘Benda’

9
SHARES
check in hotel

Setiap kali pergi bercuti atau ada urusan kerja luar jauh dari rumah, menginap di hotel sebagai tempat persinggahan adalah wajib. Tidak kisah sama ada anda check in hotel biasa atau tahap 5 bintang, pasti akan ada sahaja cerita-cerita seram selepas menginap di sana.

Rupanya, ada adabnya apabila anda hendak bermalam di ‘rumah sementara’ ini kerana sudah semestinya ada penghuni asalnya yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar. Jadi, berikut merupakan apa yang anda boleh lakukan semasa melangkah masuk ke bilik hotel supaya tidak diganggu.

Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!

CARA BERADAB BILA CHECK IN HOTEL, SELAMAT TAK DIGANGGU ‘BENDA’

check in hotel

Kepada mereka yang selalu ke outstation sama ada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya :

1. Selepas check-in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada ‘benda’ atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, ‘dia’ tahu kita ini jenis beradab.

2. Kasut/selipar kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana ‘benda’ ni mereka suka ‘mencuba’ barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang ‘ngam’, dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga ‘dia’ ikut kita balik rumah.

3. Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, ‘haba’ dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang ‘sejuk’ di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.

4. Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu itu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling ‘sejuk’ di dalam sesebuah bilik hotel. Jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basahkan tangan dan kaki.

5. Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.

Sekiranya mendapat billk dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan kesemua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6. Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7. Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak dingini.

8. Jangan tinggal solat.

check in hotel

*Siapa yang pernah mengalami momen seram ‘diganggu’ apabila menginap di hotel? Lepas ini, boleh cuba petua di atas pula ya!

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Tiktok @siim_page

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×