Famili

Suka Tidur Berbogel & Tiap Malam Mimpi Lelaki Kacak? Jaga-Jaga Jin Boleh Jatuh Cinta!

10
SHARES
gangguan jin

Mengalami mimpi yang aneh dan seram setiap malam sudah semestinya menimbulkan pelbagai persoalan di siang hari. Tambah pula kalau setiap malam termimpi-mimpi wajah seorang lelaki kacak, mestilah disangkakan jodoh bukan? Namun, semua itu bertukar kepada memori menyeramkan apabila anda mengetahui bahawa ia adalah gangguan jin!

Kisah ini mungkin berlaku kepada ramai wanita di luar sana dan menyangkakan mimpi ini hanya sekadar mimpi. Jangan ambil lewa kerana, gangguan ini akan memudaratkan!

Baca juga: Kena Tegur Dengan ‘Cik Ponti’ Bawa Pulang Uri Bayi Jam 3 Pagi, Peneman Bayi Ini Ada Sisi Seram!

ALAMI GANGGUAN JIN, SETIAP MALAM MIMPI LELAKI KACAK

gangguan jin

Foto: DenpasarViral

Menurut perkongsian dari laman Tiktok milik Echa, ketika usianya belasan tahun pada 2018, dia sering bermimpi seorang pemuda kacak datang bertemunya namun mereka tidak berbual.

Di dalam mimpi tersebut, lelaki itu hanya datang mengucup bibirnya sampai ada satu tahap, mereka melakukan hubungan seksual di dalam mimpi tersebut. Namun, apa yang merisaukannya adalah, dirinya sangat menikmati momen mimpi itu sampai dirasakan seperti berada di alam nyata dan mimpi basah!

Walaupun Echa berkahwin dengan lelaki pilihannya selepas mengalami mimpi aneh tersebut, disangkakan perkara ini akan berakhir namun mimpi mengenai lelaki misteri tersebut terus berlaku.

Tambah menyeramkan, kali ini bukan hanya mimpi sahaja malah suami dan anaknya juga mengalami gangguan di dalam rumah seperti tandas berbau busuk dan ulat kecil muncul memenuhi kawasan ruang tamu rumah. Dia juga pada awalnya ingin mendapatkan bantuan perawat tradisional Islam namun suaminya membantah.

Apa yang dilakukannya adalah memutarkan alunan zikir dan bacaan Al-Quran namun lain pula jadinya kerana bukan hanya lelaki kacak malah Echa juga turut bermimpi bermain dengan budak dan bayi. Disebabkan kemunculan ulat dan bau busuk semakin kerap berlaku di rumah, suaminya pun mengambil keputusan untuk menggunakan bantuan ustaz untuk ‘memagar’ rumah.

Seperti sudah diketahui, seorang ustaz juga terus bertanyakan Echa semasa dalam proses rawatan Islam tersebut. Antara soalannya adalah:

“Awak ada mimpi berjumpa lelaki?

“Pernah mimpi melakukan hubungan seks dengan lelaki?”

“Pernah mimpi datang majlis nikah?”

“Pernah mimpi main dengan budak?”

Soalan-soalan yang keluar dari mulut ustaz tersebut mengejutkan dia dan suaminya lantas mengiyakan segala soalan yang ditujukan.Alangkah terkejutnya apabila ustaz memberitahu bahawa dirinya sebenarnya telah dinikahi oleh jin dan sudah mempunyai ramai anak bersama di alam ‘sana’.

SELALU PAKAI BAJU SEKSI KETIKA TIDUR…

gangguan jin

Tambah Echa lagi, dia juga mengakui bahawa ketika zaman mudanya, dia sering memakai baju yang terdedah dan agak seksi semasa tidur. Walaupun tahu perkara tersebut tidak disarankan, namun dia masih degil dan terus tidak berpakaian lengkap ketika tidur.

Dalam proses ruqyah yang dijalankan, Echa yang sudah terpaut dengan cinta si jin itu mengakui agak sukar untuk menamatkan hubungan cinta walaupun semua itu hanya di dalam mimpi. Sampai akhirnya, ustaz meminta suami Echa bercakap dengan jin tersebut sendiri untuk melepaskan isterinya.

Akhirnya, Echa memberitahu bahawa ruqyah tersebut selesai sehingga hatinya benar-benar rasa kosong dengan perasaan terhadap jin lelaki tersebut. Alhamdulillah, semuanya sudah terlerai..

*Seram bukan? Jadi, buat semua wanita, pakailah baju tidur dengan lengkap supaya bukan sahaja selamat dari gangguan jin sebegini malah jika ada kecemasan berlaku pun anda masih boleh berlari dalam keadaan berpakaian lengkap.

Baca juga: “Tidur Kena Tindih Hantu, Kena Jumpa Ustaz Ke?”- Doktor Jelas Maksud Sleep Paralysis Dari Sudut Perubatan

Sumber: Tiktok @echasusiami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×