Percutian

6 Kali Ke Switzerland, Ini Tips Melancong Anda Kena Tahu. 10 Hari ‘Hangus’ RM5400 Sahaja!

123
SHARES

Umum mengetahui kerajaan telah pun membenarkan perjalanan antara negeri dan juga luar negera. Ramai yang mengambil peluang tersebut untuk melancong bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Ada yang melancong dalam Malaysia dan ada juga yang memilih untuk ke bumi Switzerland dan menikmati salji serta keindahan bukit-bakau di sana.

Menariknya, pengguna media sosial dikenali sebagai Mohd Anas melancong ke Switzerland dengan jumlah keseleruhan sebanyak RM5,400 sahaja. Jom kita baca perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Rupanya Pulau Kedua Terbesar Di Malaysia Adalah Pulau Bruit Di Sarawak, Wajib Pergi!

6 KALI KE SWITZERLAND, INI TIPS MELANCONG ANDA KENA TAHU

Perkongsian ini adalah buat mereka yang nak merasai syurga dunia dalam keadaan berjimat cermat sebab bumi swiss merupakan bumi yang paling mahal untuk segala benda.

1. Perkara pertama yang perlu diketahui adalah kos dan bajet bermula penerbangan dari Malaysia sehingga hari-hari terakhir di Bumi Swiss. Kehidupan dan kos di Swiss semua dan segala-gala mahal. Waima air mineral sekalipun. Tandas nak masuk pun berbayar. Namun jangan risau. Ada cara untuk menjadi murah.

2. Cari penerbangan yang murah selalunya dalam RM1900-RM3000. Kalau dapat dengan harga tiket RM 2000 dah dianggap murah dan berbaloi. Satu tips terus booking melalui lama web syarikat airline tersebut. Elakkan menggunakan apps dan lama seperti Skyscanner..airpaz dan lain-lain lagi. Sebab kadang ada cas tersembunyi yang kita tak jangka.

3. Pastikan berapa hari untuk mengembara di sana sebab kita perlu merancang untuk menggunakan pengangkutan awam atau menyewa kereta. Pada hemat saya dan sepanjang 6 kali ke sana, menggunakan kenderaan awam adalah paling berbaloi.

4. Pastikan merancang lokasi penginapan dan tentukan hotel atau hostel atau airbnb yang sepadan dengan poket. Kalau hostel di sekitar Lauterbrunen boleh dapat dengan harga RM180-250 untuk semalam dan RM400 hingga beribu-riban untuk hotel berbintang-bintang.

5. Tentukan juga mana lokasi yang perlu ditujui agar tidak membuang masa di tempat-tempat yang sekadar perlu touch and go dan tempat yang perlu menginap dan luangkan sekurang-kurangnya 2@3 hari.

6. Pastikan membeli Swiss Pass Travel (SPT) sangat berbaloi-baloi dan kalau ada anak bawah 16 tahun tak perlu pun beli tiket tambahan free sahaja. Harga Swiss Pass Travel boleh didapati dengan 3, 4, 8, 15 atau 30 hari. Kalau 4 hari dalam lingkungan RM1200 dan boleh semak harga di laman web SBB.

7. Kenapa berbaloi? Sebab anda naiklah semua pengangkutan awam 24 jam secara percuma merangkumi bas, tram train, cruise dan juga cable car ke kawasan pergunungan. Bayangkan kalau sehala perjalanan dari Zurich ke Zermaat tanpa swiss pass kos sehala adalah RM500 lebih yer. Sehala, belum ke sana sini lagi.

Pernah hitung kos pengangkutan awam saya selama 10 hari di sana tanpa Swiss Pass boleh menjangkau RM15 000 hingga RM 20 000. Jadi buat lah pilihan yang bijak. Setelah tu pastikan install SBB apps. Mudah dan senang.

Masukkan destinasi ke mana, terus dia akan beri maklumat jenis train, jam ketibaan dan jam sampai ke destinasi semua lengkap dan sangat mudah. Serta platform berapa nk kena tunggu untuk next train.

8. Dengan SPT ini kita dapat naik ke pergunungan Murren dan Schilitorn secara percuma, tanpa SPT kos lebih kurang RM400 ke pelantar penggambaran Jame Bond dan dgn SPT juga kita dapat menikmati pemandangan di Tasik Brienz secara percuma.

Jika ke bandar Luzern pun sama kita boleh naik mini Cruise juga secara percuma di terminal Luzern dan singgah di Kussnatch am Rigi dan naik pula train ke pergunungan Rigi Kulm yang sangat cantik dan secara percuma.

Jangan lupa gunankan percuma ini untuk naik keretapi ke perkampungan Wengen dan pasti kita dihidangkan sudut pandang perkampungan Lauterbrunenan yang sangat cantik. Jadi tak perlu lagi kita nk habiskan duit ke kawasan-kawasan yang berbayar sebab lokasi lokasi yang disebutkan ini sangatlah cantik.

9. Anda perlu luangkan sekurang kurangnya 3 atau 4 hari di Interlaken sebab di Interlaken ni ada west dan ost. Iinterlaken ni sebagai pusat yang boleh menghubungkan kita dengan lokasi-lokasi seperti Lauterbrunen 30 minit perjlanan.

10. Lokasi wajib anda menginap sekurang kurangnya 1 malam adalah Zermaatt iaitu sebuah perkampungan tradisional tanpa kenderaan peribadi. Nyaman dan tenang.

Awal pagi subuh-subuh harus bangun dan menjengah puncak gunung Materhorn dan boleh nenggunakan cable car paradise untuk naik ke puncak Matterhorn secara dekat atau ambil sahaja train gonegrat keliling kawasan Zermaatt.

11. Pastikan kita wajib ke Tasik Blausse iaitu tasik kebiruan yang sangat cantik. Harga tiket masuk adalah 10CHF lebih kurang RM45 sahaja.

12. Jejak DLLJ kita harus ke Swismenn ke Gstaad dan Saanen. Melihat kedai-kedai dan lokasi penggambaran scene kajol tertinggal keretapi.

13. Kalau minat lagi perkampungan tradisional silalah bertandang ke Appenzell. Coklat dan cheese banyak dihasilkan di sana. Perjalanan 2 jam dari bandar zurich akan menjanjikan pemandangan yang cantik dan indah

14. Pesanan pastikan naik kenderaan dan pass serta tiket yang sah. Kalau tidak mahu didenda sebanyak RM1000 ya.

15. Makanan wajib dicari sepanjang di sana ialah Croissant berintikan nutella dan kacang hazel serta kopi machiato karamel yang sedapp.

16. Bawa makanan dari Malaysia dan panaskan dalam microwave simpan dalam bekal dan bawa sebagai bekalan sepanjang perjalanan seharian.

17. Air paip di swiss sangat bersih, tak perlu pun beli air mineral evian bagai. Bawa botol kosong dan tadah je dekat paip-paip air yang disediakn di beberapa tempat tumpuan sebab air di swiss tersangatlah bersih.

18. Bandar Bern, Zurich dan Geneva cukup sekadar touch and go sebab tiada apa yang menarik kecuali anda memang kaki shopping coklat-coklat dan jam.

19. Pastikan penginapan terakhir ialah di Zurich andai penerbabgan balik dari Zurich airporrt dan carilah hotel bajet sekitar airport. Saya cadangkan ibis budget sebab 3 mnint sahaja perjlanan dari airport.

Jadi kos keseluruhan selama 10 hari Flight RM 2000 SPT RM 1800 Hotel berdua RM 400 dan bahagi dua semalam RM 200 (RM 1600) Total Hangus RM 5400.

Tahukah anda? Saya hanya membawa wang tunai sebayak RM 1500 dan bawa pulang baki sebanyak RM 800 selebihnya habiskan dengan membeli croissant minum kopi Machiatoo dan makan buah buahah. Nasi makanan bertin semua bawa dari Malaysia.

Inilah tips saya sebayak 6 kali ke Bumi Swiss. Bukan saya kaya tapi saya merancang dengan memerhati dan melalui pengalaman. Terima kasih.

Sumber: Facebook Mohd Anas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×