Percutian

Ibu Kongsi Itinerari Lengkap Pengalaman Percutian 14 Hari Ke Thailand Bersama 2 Orang Anak

25
SHARES
PERCUTIAN KE THAILAND

Thailand merupakan destinasi pilihan ramai. Seperti perkongsian seorang ibu di laman Facebook, percutian ke Thailand selama 14 hari ini merupakan pengalaman sangat bermakna.

Menurutnya, trip menaiki kereta ini bermula dari Kuantan – Changlun – Wang Kelian – Nakhon Si Thammarat – Hua Hin- Kanchanaburi -Khao Yai – Bangkok – Hua Hin- Hatyai- Bukit Kayu Hitam dan berakhir di Kuantan juga.

Baca juga: 20 Senarai Homestay Ada Private Pool Di Terengganu, Seronok Bawa Anak Bercuti!

IBU KONGSI PENGALAMAN PERCUTIAN KE THAILAND SELAMA 14 HARI

PERCUTIAN KE THAILAND

Mereka memilih untuk memasuki Thailand melalui border Wang Kelian kerana kurang sesak berbanding border lain. Jelasnya, memandu di Thailand sangat mudah, tenang dan selamat.

Kos-kos untuk 14 hari di bumi Thailand:

Kos Insuran:

Basic insuran untuk kereta untuk 2 minggu hanya RM30 tapi kami ambil extra insuran RM130. Total untuk insuran kereta + dokumen upah agent isi untuk masuk ke Thailand (kami guna Ghanimi Agency) untuk 4 dewasa 2 budak: RM177

Personal travel insuran:

Kami ambil Etiqa 360. Buat online je.

Kos insuran:
2 dewasa 2 budak (family pakej): RM208
2 dewasa: RM120
Total: RM328

Wajib juga buat personal travel insuran ni ya sebab kita tak tahu apa akan jadi, jadi baik sediakan payung sebelum hujan.

PERCUTIAN KE THAILAND

Kos minyak/petrol:

Kuantan – Gurun (711km): RM100
Thailand (3000km): RM1200
Bukit Kayu Hitam – Kuantan (850km): RM120
Total Minyak (4561km): RM1400
Tol: lupa nak kira

Harga minyak di Thailand adalah double dari harga minyak di Malaysia. Jadi kena isi full sebelum masuk ke Thailand. Kami suka isi minyak di stesen PTT di Thailand sebab ada 7-eleven, surau dan tandas yang agak selesa.

Kos hotel:

Jika sekadar untuk tidur sebelum sambung perjalanan, boleh dapat RM70 untuk twin room dan RM120-140 family room. Contoh trip 12 malam, bajet 1 malam +- RM 200.

Jadi korang boleh buat bajet untuk hotel RM2400 untuk trip 12 malam.

PERCUTIAN KE THAILAND

Makanan halal: 

Untuk cari makanan halal di Thailand tidak susah. Hanya perlu search “ halal food near me” nanti banyak la keluar kedai makanan halal.

Untuk kami, sekiranya lokasi makanan halal berdekatan, kami akan pergi. Jika jauh kami akan beli makanan di 7eleven sahaja. Paling senang nak cari kedai makanan halal adalah di Bangkok dan Hatyai.

Di Bangkok kami suka pergi Ramkhamhaeng Night Market, buka setiap hari kecuali Rabu. Makanan halal sangat banyak dijual di sana dan murah.

PERCUTIAN KE THAILAND

Tempat makan menarik di Hatyai yang sempat kami pergi:

– Nomjeen Na – Famous Laksa Lemak Thailand
– Chabura Dimsum
– Ayuthayya Halal Noodle

Kos untuk makanan Halal di 7eleven: RM1200+-

Kos untuk makan di kedai makan/pasar malam /Cafe: RM1700 +-

Safari Kanchanaburi Park + Giraffe Encounter:

5 Dewasa x RM207: RM1035
1 Budak x RM180: RM180
Beli makanan untuk giraffe: RM26
Total: RM1241

PERCUTIAN KE THAILAND

Kos-kos lain:

Simcard: Beli Esim dekat shopee RM27x4: RM108
Grab & tuktuk di Bangkok: RM150

(Di bangkok kami banyak naik grab untuk ke tempat yang susah nak parking)

Toll: RM30 (hanya ada di bandar Bangkok)

Parking: RM50

Sewa elektrik car di Trot Cafe Khao Yai: RM195

Sewa baju di Wat Arun 3 pasang: RM65

PERCUTIAN KE THAILAND

Entrance Fee:

1. Chan Nature Cafe

Dewasa RM13

Kanak-kanak RM5

2. Blossom Bloom

Dewasa RM6.50

3. Hokkaido Flower Park

Dewasa RM13

4. Primo Piazza

Dewasa RM26

Kanak-kanak RM13

PERCUTIAN KE THAILAND

5. Chocolate Ville

Dewasa RM13

Kanak-kanak RM6.50

6. Wat Arun

Dewasa RM13

7. Memory House Cafe :

Dewasa RM6.50

Wah menarik betul perkongsian ibu ini.

Baca juga: Hati-Hati Bercuti Ke Kundasang, Kalau Pertama Kali Kena Baca Tips Ini Dulu

Sumber: Facebook Nur Natasha Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×