Isu penerbangan ditunda atau dibatalkan sering kali menjadi bualan warganet dan rata-rata mereka kecewa dengan perkara tersebut kerana menganggu jadual perjalanan. Untuk maklumat anda, penumpang boleh membuat tuntutan pampasan daripada syarikat penerbangan tersebut seperti yang dikongsi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di laman Facebook.
Baca juga: Tiada Lagi Walk-In, Ini Cara Renew Passport Secara Online
APA PERLU BUAT BILA PENERBANGAN DITUNDA? INI PAMPASAN PENGGUNA BOLEH TUNTUT
Anda ingin tahu apakah hak anda sebagai penumpang penerbangan yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dijadual semula berhak untuk menuntut pampasan? Jom kita lihat apakah jenis pampasan yang boleh dituntut.
Penerbangan ditunda 2 jam atau lebih boleh tuntut makanan, panggilan telefon dan akses internet. Sekiranya penerbangan ditunda 5 jam atau lebih, pengguna boleh menuntut penginapan hotel dan pengangkutan. Jika penerbangan dibatalkan, pengguna berhak mendapat pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif.
Walau bagaimanapun, pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem. Pengguna disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari https://www.mavcom.my untuk maklumat lanjut.
Sumber: Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup