Percutian

Itinerari 2 Hari 1 Malam Di Hatyai, Naik Train Lagi Seronok & Mudah!

54
SHARES

Hatyai merupakan tempat tumpuan pelancong kerana terletak tidak jauh dari Sempadan Malaysia. Selain tempat membeli-belah,  Hatyai juga turut dikenali sebagai ‘syurga makanan’ kerana pelbagai jenis hidangan makanan boleh didapatkan di sana.

Selain menaiki kereta, anda juga boleh mencuba ke Hatyai dengan menaiki kereta api seperti yang dilakukan oleh Fatin Anis Nadhirah. Tak perlu lama-lama, 2 hari 1 malam pun dah cukup nak teroka satu Hatyai. Ikuti perkongsian itinerari di bawah.

Baca juga: Ini 7 Hotel Dengan ‘View’ KLCC Harga Bawah RM500/RM1000 Satu Malam Di KL

ITINERARI 2 HARI 1 MALAM DI HATYAI, NAIK TRAIN LAGI SERONOK & MUDAH!

Ini kali ketiga pergi Hatyai, pergi naik kereta api sahaja. Kalau nak pergi boleh rasa naik kereta api. Ini perkongsian itinerari 2 hari 1 malam di Hatyai bersama keluarga.

  • Tukar duit RM509 – 4000Baht
  • Tiket sehala Sg Petani – Padang Besar RM9.30
  • Tiket sehala Padang Besar – Hatyai
  • 50BAHT / RM7 (open window)

Kaunter tiket buka pukul 9am. Better datang awal kalau taknak beratur panjang. Train dari Padang Besar ke Hatyai ada dua trip sahaja. Pukul 9.55am & 4.40pm

Tuktuk 2 hari 1 malam 2700BAHT . +66 61 568 4783 (Mamat). Ini contact nombor tuktuk. Boleh cakap melayu. Bukan dia yang bawa kami, tapi abang ipar dia. 100/10. Murah sangat. Bagitahu je dekat mana dia mana nak pergi. Dia hantar kami sampai ke imigresen Thailand.

D – ONE hotel – Rm68/malam book thru booking.com *betul betul tengah town . Jalan kaki je nak pergi train station & lee garden. 6/10 sebab nak check in kena tunggu 30minit . Padahal check in 2pm. Itu pun kami sampai hotel 3pm. Lepastu pintu bilik problem & lift problem dari level 8 nak turun level 1 pintu lift tak boleh buka.

DTAC sim – Rm10 FREE 7 days unlimited data. Beli dekat padang besar dekat dengan kaunter tiket.

TEMPAT MENARIK UNTUK SINGGAH

  • KAITOD DECHA
  • LEE GARDEN NIGHT MARKET
  • KHLONG HAE FLOTING
  • ASEAN NIGHT MARKET
  • BINGSU NOM6 *wajib pi tau
  • KILANG KACANG *abang tuktuk yang bawak

  • KIM YONG MARKET
  • ZAINA DIMSUM *Takpi chabura sebab ramai sangat
  • CHANG PUAK CAMP
  • SAMILA BEACH
  • 7e Hatyai

Semoga bermanfaat dan selamat melancong!

Sumber: Facebook Fatin Anis Nadhirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×