Percutian

Rancang Perjalanan Anda, 5 Perkara Penting Kena Tahu Sebelum Ke Pulau Tioman

6
SHARES

Pulau Tioman merupakan antara pulau popular menjadi pilihan destinasi para pelancong untuk bercuti. Pulau ini kaya dengan flora dan fauna seperti hutan hujan tropika, rama-rama, biawak dan monyet.

Pemandangan dua puncak Gunung Simukut akan menemani anda sepanjang perjalanan ke pualu. Pulau ini memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia.

Tapi, sebelum anda semua pergi ke Pulau Tioman, ada lima perkara yang perlu diketahui. Barulah perjalanan lebih teratur dan tak pening kepala!

Baca juga: 10 Pulau Dalam Malaysia Wajib Anda Teroka. Banyak Aktiviti, Lawa & Bersih!

RANCANG PERJALANAN ANDA, 5 PERKARA PENTING KENA TAHU SEBELUM KE PULAU TIOMAN

5 Perkara yang korang perlu tahu sebelum bercuti ke Pulau Tioman:

1. Pulau ini terletak di Negeri Pahang. Untuk ke sini, korang boleh naik feri dari jeti Mersing (Johor) ataupun dari jeti Tanjung Gemuk (Pahang).

2. Tiket feri boleh dibeli secara online di website Bluewater Ferry ataupun di website Cataferry. Kalau nak seat yang selesa, korang boleh beli tiket Cataferry.

3. Tempoh perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman bergantung kepada lokasi yang korang nak pergi, anggaran masa dua hingga tiga jam. Contoh: jika korang naik feri dari tanjung gemuk ke kampung salang, ianya mengambil masa kira-kira tiga jam.

4. Kebanyakkan transaksi jual beli di pulau menggunakan wang tunai. Bawa cash yang mencukupi kerana ATM machine hanya terdapat di kampung tekek. Untuk bergerak dari kampung ke kampung yang lain, perlu menaiki speedboat.

5. Pulau tioman pernah dinobatkan sebagai salah sebuah pulau tercantik didunia oleh TIME Magazine.

Memang tak dinafikan, pulau di Malaysia ni memang lawa-lawa belaka. Cuma masa korang pergi tu, check dulu keadaan. Jangan pula pergi waktu monsoon.

Sumber: Facebook Ayu Hasman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×