Percutian

10 Pulau Dalam Malaysia Wajib Anda Teroka. Banyak Aktiviti, Lawa & Bersih!

5
SHARES

Keindahan pulau-pulau di Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna membuatkan ia setanding dengan pulau di luar negara. Privasi pulau dan jauh dengan kota membuatkan orang ramai memilih pulau sebagai tempat percutian kerana lebih menenangkan jiwa.

Kos perjalanan juga lebih jimat kerana jarak yang dekat serta pakej yang ditawarkan berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Jom tengok 10 pulau dalam Malaysia yang wajib anda teroka. Dah settle 10 pulau ni, baru boleh ke luar negara.

Baca juga: Itinerari Percutian 3H2M Ke Pulau Perhentian Bersama Anak, Siap Ada Private Pool!

10 PULAU DALAM MALAYSIA WAJIB ANDA TEROKA

Rugi kalau tak pernah sampai dekat semua pulau di bawah. Boleh plan percutian bersama keluarga atau rakan-rakan. Jom!

1. PULAU TIOMAN, PAHANG

Pemandangan dua puncak Gunung Simukut akan menemani anda sepanjang perjalanan ke pualu. Dari jauh lagi sudah terasa aura keindahan alam semula jadi yang ditawarkannya.

Pulau ini memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Pelbagai aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan. Selain itu, ada juga Pusat Taman Marin yang berfungsi sebagai tempat pemuliharaan dan riadah untuk pengunjung.

2. PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kebanyakan pelancong lebih tertarik untuk melawat pulau Kecil disebabkan oleh kewujudan tempat-tempat penginapan yang menawarkan harga bajet manakala untuk Pulau Perhentian Besar, lebih privasi dan tenang.

3. MABUL ISLAND, SABAH

Kalau nak jauh dari kesibukan kota, Pulau Mabul antara yang sesuai kerana jaraknya terletak jauh dari ibu kota. Air pulau yang sangat jernih dan pada waktu malam boleh melihat keindahan bintang berkelipan.

Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu mengambil penerbangan dari Kota Kinabalu untuk ke Tawau yang memakan masa selama hampir 1 jam, dan kemudiannya memandu ke Semporna dalam masa satu jam. Dari pekan Semporna, anda boleh mengambil bot laju untuk ke Pulau Mabul yang hanyalah mengambil masa selama 45 minit.

4. PULAU RAWA, JOHOR

Pulau ini terletak dalam 16 km dari Mersing, Johor. Kawasan di sekitarnya dikelilingi oleh lautan yang biru dan dalam. Aktiviti yang terkenal di sini adalah snorkeling kerana kekayaannya dengan hidupan marin dan batuan karang yang berwarna-warni.

Hanya ada dua sahaja tempat penginapan iaitu Alang’s Rawa dan Rawa Island Resort. Percutian di sini dianggarkan lebih mahal berbanding pulau lain kerana ia lebih privasi dan tertutup.

5. PULAU SIBU, JOHOR

Pulau Sibu ini terdiri daripada beberapa buah pulau berbeza iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.

Dalam banyak-banyak pulau yang berkongsi nama ini, Pulau Sibu Tengah adalah yang paling sempurna dari segi fasilitinya kerana terdapat penginapan-penginapan yang selesa.

6. PULAU SIPADAN, SABAH

Pulau Sipadan merupakan sebuah lokasi skuba yang kelima terbaik di dunia. Panorama dasar lautannya mendedahkan keindahan yang terbawa-bawa ke mimpi dek kerana panahan warna-warni terumbu karang dan kepelbagaian spesies ikan yang berenang bebas. Siapa suka skuba memang wajib ke Pulau Sipadan dan hanya dibuka kepada 120 orang penyelam sahaja sehari.

7. PULAU LANGKAWI, KEDAH

Siapa tak kenal Pulau Langkawi, pulau yang sangat popular dengan pelbagai aktiviti dan kaya dengan keindahan alam semula jadi yang mandamaikan jiwa.

Pulau Langkawi juga merupakan syurga bagi sesiapa yang suka membeli-belah kerana ianya adalah sebuah pulau bebas cukai. Nak beli coklat banyak-banyak pun tak ada masalah. Harga yang sangat berpatutan! Seronoknya…

8. PULAU PANGKOR, PERAK

Antara pulau popular di Perak iaitu Pulau Pangkor. Pulau Pangkor menjadi pilihan pelancong kerana banyak penginapan murah dan berbaloi untuk seisi keluarga.

Selain penginapan, makanan juga sedap-sedap dan paling seronok di Pangkor juga ada kedai bebas cukai yang menjual pelbagai jenis coklat berjenama mahal. Wah!

9. PULAU BOHEY DULANG, SABAH

Selain Pulau Mabul, Pulau Bohey Dulang juga merupakan pulau tercantik yang terletak di Sabah.Keistimewaan Pulau Bohey Dulang ialah mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter. Untuk ke Pulau Bohey Dulang ini, dari bandar Semporna, anda boleh dapatkan bot ke Pulau Bohey dan perjalanan mengambil masa 20 minit dengan menaiki bot. Jika anda dari Kota Kinabalu, boleh dapatkan penerbangan antara bandar ke bandar Tawau dan seterusnya menaiki pengangkutan awam ke bandar Samporna.

10. PULAU BESAR, JOHOR

Pulau ini agak kecil dengan kepanjangan hanyalah dalam 4 km dan kelebaran 1 km. Aktiviti yang ditawarkan di atas pulau ini juga tidak mengecewakan, anda bukan sahaja boleh bermain bola tampar pantai, tapi padang golf juga turut tersedia.

Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Mersing dan masa yang diambil untuk sampai ke sini hanyalah dalam 30 minit.

Jadi, yang mana satu pulau pilihan hati anda?

Sumber: Facebook Places Malaysia & Mai Singgah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×