Percutian

7 Benda Best Di Sea Life, Legoland. Jom Bawa Anak-anak!

69
SHARES

Legoland Resort Malaysia kini memperkenalkan tarikan terbarunya iaitu Sea Life Malaysia.

Dibuka secara rasmi pada 9 Mei 2019 yang lalu, kini kita berpeluang untuk mengenali hidupan laut yang menarik dan serba comel dengan lebih dekat lagi melalui pelbagai aktiviti menarik.

Menggunakan teknik bercerita dan interaksi dekat dengan hidupan laut, ada banyak sebab Sealife sangat sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak.

7 Benda Best Di Sea Life, Legoland. Jom Bawa Anak-anak!

1. Ocean Tunnel

Di sini anda dapat terokai 13,000 jenis ikan dan 120 spesis hidupan laut yang serba unik melalui ‘Ocean Tunnel’. Seolah-olah berada dalam laut, macam yang terdapat di Aquaria KLCC.

Antara ‘bintang utama’ akuarium Sea Life ialah jerung ‘Black Tip Reef’, jerung Zebra, dan obor-obor.

2. Zon Khas Untuk Kuda Laut & Ikan Pari

Bagi pencinta kuda laut comel, kunjungan ke Seahorse Nursery pasti membuat anda teruja.

Di sini kita dapat mempelajari kitaran hidup dan habitat kuda laut secara interaktif.

Di Stingray Bay pula, terdapat berpuluh-puluh ikan pari yang boleh dilihat secara dekat melalui akuarium yang luas.

3. Coral Reef Zone

Pengalaman melihat terumbu karang tidak hanya tersedia di aktiviti snorkeling pulau-pulau, tetapi di Sea Life Malaysia pun ada!

Sesuai sangatlah dedahkan anak dengan terumbu karang ni memandangkan Malaysia adalah antara negara yang memiliki biodiversiti terumbu karang terbesar di dunia.

Dekat sini dapatlah kita mendekati dunia terumbu karang serta penghuninya seperti seperti ‘ikan nemo’ clownfish dan butterfly fish.

4. Amazing Creation

Selain melihat hidupan laut, anak-anak juga berpeluang mengasah kreativiti dengan ‘menghidupkan’ lukisan mereka di zon Amazing Creation.

Konsep lukisan yang dipindah kepada ‘laut digital’ kini boleh dialami di Sea Life Malaysia! Siap boleh beri makan lagi kepada lukisan yang ‘hidup’.

Memang menarik untuk anak-anak yang gemar melukis!

5. Rockpool

Anda bukan sahaja berpeluang melihat hidupan laut, malah anda juga boleh memegang sendiri hidupan laut yang comel seperti tapak sulaiman dan gamat.

Dengar kata, ada pakar hidupan laut turut ditempatkan di sini untuk mengendalikan aktiviti ‘hands-on’ dan mengajar dengan lebih dekat lagi tentang mikro-habitat di sana.

Harga tiket sea life legoland review

6. Malaysian Rainforest

Sea Life Malaysia turut mempromosikan keajaiban hutan hujan yang menjadi khazanah negara.

Eksklusif di sini, pengunjung berpeluang menerokai Sungai Johor yang merupakan habitat kepada hidupan liar yang serba unik.

Memang unik sebab dapat belajar keistimewaan hutan hujan yang kaya dengan flora dan fauna.

7. Sunken Shipwreck

Terdapat satu lagi akuarium yang tidak boleh dilepaskan oleh pengunjung iaitu Sunken Shipwreck.

Sunken Shipwreck ini diinspirasikan daripada kapal karam sebenar yang dijumpai di Pantai Timur iaitu kapal karam ‘Portugese Wanli’ dari Dinasti Ming.

Kapal karam ini juga merupakan pencetus besar dalam sejarah maritim Asia Tenggara melalui penemuan seramik purba China.

Anak-anak bolehlah berangan ala lanun dan berjumpa dengan sotong kurita dan belut yang menjaga harta karun dari kapal karam ini!

Pengalaman ke sea life legoland

Menarik kan? Mesti ramai yang teruja dan dapat belajar banyak perkara bila melawat ke sini.

Bukan anak-anak saja yang enjoy, ibu ayah pun seronok sama.

Harga Tiket Sea Life, Legoland

Dewasa RM 95

Kanak-kanak & Warga Emas RM75

* Harga istimewa tiket kombo untuk taman tema dan taman tema air boleh didapati bermula RM 221.

Jangan lupa masukkan Sea Life Malaysia sebagai destinasi percutian anda seterusnya.

Kalau siapa dah ‘rasmikan’ dulu, jomlah share pengalaman dengan kami!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×