Percutian

Wow! Tak Sangka Ada 15 Tempat Menarik Di Tumpat Kelantan, Wajib Anda Kunjungi

77
SHARES
TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Anda mencari tempat menarik di Kelantan untuk dilawati? Jangan risau, penulis kongsikan di bawah 15 tempat boleh dikunjungi sewaktu bercuti di Kelantan.

Bukan hanya terhad kepada pulau sahaja, banyak lagi tempat menarik lain untuk anda singgah bersama orang tersayang. Jom baca!

Baca juga: Lebih 20 Kali Pernah Melawat Kota Al Ula, Wanita Ini Pesan Hidup Ini Kena Ada Ilmu

15 TEMPAT MENARIK DI KELANTAN BOLEH DIKUNJUNGI

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Masjid Beijing

1. Wayang Pak Dain 

Wayang Pak Dain merupakan galeri wayang kulit yang memainkan lebih kurang 40 watak. Pak Dain merupakan satu-satunya Tok Dalang yang  mampu memaikan sebanyak 40 watak.

2. Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar Terapung Pulau Suri ini terletak di Tumpat dan menjual pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan. Semua makanan dan minuman dijual di atas bot tepi sungai dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.

3. Muzium Wau

Wau merupakan permainan tradisional di negeri Kelantan. Dengan adanya Muzium Wau ini, ia mampu membantu generasi akan datang untuk mengenalinya dan tidak lupus ditelan zaman.

Waktu operasi adalah:

Sabtu hingga Rabu (8:30am – 4:45pm)
Khamis (8:30am – 4:45pm)

4. Masjid Kampung Laut

Masjis Kampung Laut yang terletak di Tumpat ini merupakan masjid tertua di Malaysia yang dibina pada abad ke-18. Lebih menarik lagi, masjid ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku.

5. Wat Machimmaram

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Wat Machimmaram merupakan patung Buddha duduk yang ke-2 terbesar di Asia Tenggara. Patung ini berukuran 30m tinggi dan memiliki 47m lebar.

Waktu operasi: Setiap hari (9am – 5pm)

6. Wat Phothivihan

Wat Phothivihan pula merupakan patung Buddha baring ke-3 terbesar di dunia. Terletak di Tumpat, patung ini menjadi tarikan pelancong luar negara dan dalam negeri.

7. Pantai Geting

Pantai Geting terletak di Tumpat sering menjadi tempat tumpuan untuk melakukan Pesta Wau Peringkat Kebangsaan.

8. Makam Tok Janggut

Tempat menarik di Kelantan yang seterusnya adalah Makam Tok Janggut. Perjuangan Tok Janggut dalam menentang penjajah British di Kelantan tidak pernah dilupakan dan dihargai oleh penduduk setempat.

Makam ini dibuka setiap hari tanpa sebarang bayaran dikenakan.

9. Pantai Sri Tujuh

Pantai ini diberi nama Sri Tujuh kerana keunikkannya yang mempunyai 7 teluk. Di pantai ini sering melakukan Pertandingan Wau peringkat antarabangsa.

10. Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah merupakan tempat menarik di Kelantan boleh lawati. Pelbagai barangan seperti kraftangan, pakaian wanita, pakaian lelaki, kain ela, alatan solat, makanan dan lain-lain.

Semua barang diperlukan boleh didapatkan di sini. Memang menarik dan rugi kalau tak kunjungi.

11. Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Sama seperti Pasar Siti Khadijah, di sini juga merupakan one stop centre untuk anda dapatkan semua barangan seperti tudung, jersi bola, seluar jeans dan lain-lain.

Kalau lapar semasa shopping pun tak ada masalah kerana ada menjual makanan seperti mi celup, lok ching, ais krim kelapa dan lain-lain.

12. Istana Jahar

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Istana Jahar boleh dijadikan tempat untuk dikunjungi sekiranya berada di Kelantan. Pelancong boleh melihat koleksi tradisional seperti keris, lembing, kelewang dan lain-lain.

Harga tiket adalah:

Pelancong Tempatan

  • Dewasa: RM 2.00
  • Kanak-kanak: RM 1.00

Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 3.00
  • Kanak-kanak: RM 1.50

13. Kampung Kraftangan

Tempat menarik di Kelantan yang seterusnya adalah Kampung Kraftangan. Tarikan ini terletak berhampiran dengan restoran makan tengah hari iaitu Nasi Ulam Cikgu.

14. Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Selain menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah SWT, boleh juga menikmati makanan yang dijual di sini. Semuanya sedap-sedap!

15. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Beijing kerana reka bentuknya berunsurkan Masjid Niujie yang terletak di Beijing. Terletak hanya 2 km dari Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang dan ia memudahkan anda untuk menunaikan solat selepas selesai membeli.

Wah! Memang banyak tempat menarik di Kelantan. Boleh letak dalam wishlist…

Baca juga: Itinerari Penuh Trip Ke Phu Quoc Vietnam 5H4M, Bajet Tak Cecah RM1000 Pun. Wow!

Sumber: Cari Destinasi & Aliff Channel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×