Dapur

Makan Budu Boleh Jadi BIJAK? Ini Rahsianya Yang Anda Tak Tahu!

1
SHARES
khasiat budu

Budu merupakan makanan tradisional orang Terengganu dan juga Kelantan. Antara menu popular yang diminati ramai adalah singgang budu. Menerusi perkongsian Cik Dayah di laman Facebooknya, antara khasiat budu adalah boleh menjaga kesihatan usus.

Kalau nak tahu betul atau tidak, ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Rugi Kalau Tak Pernah Minum Air Rebusan Daun Durian Belanda, Memang Banyak Khasiat!

BUKAN SETAKAT SEDAP, INI RUPANYA KHASIAT BUDU

khasiat budu

Dia berkata budu merupakan makanan kegemaran suaminya. Setiap kali masak singgang ikan tongkol pasti si suami akan meminta untuk menambah budu.

Jelasnya, nak makan budu pun kena ‘seni’ dan cara yang betul. Baru sedap dan puas hati. Caranya adalah hiris bawang merah dan cili api. Kemudian, tuang budu dan perahan jus limau nipis untuk lebih rasa ‘terangkat.’ Gabungan rasa masin, masam dan pedas memang sedap.

“Suami saya akan request nak makan budu kalau saya masak singgang ikan aye dan ikan aye goreng. Suami saya orang Terengganu tapi bukan makan macam tu je.

“Ada seni nak makan budu ni. Kena hiris bawang merah, cili api , lepastu tuang budu sikit, dan perah jus limau nipis. Baru ngam rasanya. Gabungan rasa masin + masam + pedas,” tulisnya.

BUDU BAGUS UNTUK KESIHATAN

Budu diperbuat daripada ikan bilis dan beberapa jenis ikan lain yang diperam dengan agak lama. Lebih menarik lagi, budu juga diminati oleh orang luar negara dan ada sos yang seakan-akan budu dipanggil Worcestershire.

Bezanya adalah budu dimakan dengan ulam tetapi sos Worcestershire dimasukkan ke dalam masakan western seperti dijadikan kuah chicken chop.

Buat anda yang tak tahu, singgang budu bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kuman baik probiotik untuk kesihatan usus dan kecerdasan otak.

“Jadi makanlah budu tapi jangan banyak sangat sebab kandungan sodiumnya pun agak tinggi. Apa-apa pun, kuncinya kenalah bersederhana,” katanya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Elak Asid Urik Berlebihan, Doktor Kongsi MINUM Air Guna Bahan Semula Jadi

Sumber: Facebook Limau Nipis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×