Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak tahu khasiat daun durian belanda untuk kesihatan. Antaranya adalah boleh meringankan badan, mengurangkan bacaan diabetes dan lain-lain.
Caranya mudah sahaja iaitu dengan minum air rebusan daun durian belanda. Ikuti penjelasan lanjut di bawah kalau nak tahu macam mana. Rugi tak cuba!
Baca juga: Buang Toksin Dalam Badan Ikut Petua Tradisional Ini, Guna 2 Bahan Di Dapur Je
BANYAK RUPANYA KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA
Malam ni saya nak share petua untuk ringankan badan, kurangkan bacaan diabetes dan pulihkan barah usus dengan hanya minum air rebusan daun durian belanda.
Bahan-bahan:
- 33 helai daun durian belanda
- Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Ambil daun dalam jumlah yang ganjil. Saya menggunakan 33 helai.
2. Bersihkan sambil ramas-ramas daun dan masukkan 2 jug air. Saya guna jug saiz 2.2 liter.
3. Rebus sampai air tinggal separuh sahaja. Jangan biarkan kering.
4. Ini air yang dah siap direbus. Saya minum sehari 2 hingga 3 kali.
Dengan izin Allah, mudah-mudahan penyakit dapat dikurangkan.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Elak Asid Urik Berlebihan, Doktor Kongsi MINUM Air Guna Bahan Semula Jadi
Sumber: Facebook Rosmah Rasidi