Sihat

Nampak Sedap Tapi Trend Jual Air Balang Dalam Akuarium Boleh Undang Kanser!

9
SHARES
air balang

Setiap hari ada sahaja trend ‘pelik’ yang dilakukan oleh para peniaga untuk menarik minat pelanggan. Terbaharu, tular di media sosial mengenai tindakan peniaga meletakkan air balang di dalam bekas akuarium.

Perbuatan itu sudah tentunya menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan Public Health Malaysia di laman Facebooknya menasihati agar tidak melakukan perkara sedemikian.

Baca juga: Patutlah Popular Dekat Korea, Rupanya Black Garlic Boleh Melawan Sel Kanser!

AIR BALANG KENA LETAK DALAM BEKAS YANG BERSESUAIAN

 

AIR BALANGJelasnya, tidak semua bekas sesuai dijadikan tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Ini kerana penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan silikon sehingga mengakibatkan kanser.

Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Jadi, ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat di dalam bekas air balang tersebut

“Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan. Ada bahan bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.”

Bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Untuk keselamatan, pilih bekas yang ada tanda gred makanan.

JENIS PLASTIK YANG SELAMAT DIGUNAKAN

Secara amnya, terdapat beberapa jenis bekas yang ada tanda gred makanan:

1. Polyethylene Terephthalate (PET)

Dikenali dengan singkatan PET atau PETE. Plastik jenis ini selalu digunakan dalam industri minuman berbungkus seperti air mineral, jus, dan minyak.

2. High Density Polyethylene (HDPE) 

Dikenali sebagai HDPE. Jenis Plastik ini diperbuat daripada petroleum dan mempunyai tekstur yang keras, tidak lutsinar dan tahan suhu tinggi.

HDPE biasanya digunakan dalam pembuatan alat permainan kanak-kanak, bekas sabun pencuci, jar susu dan juga kerusi atau meja lipat/

3. Low Density Polyethylene (LDPE)

Seperti HDPE, LDPE juga adalah termoplastik yang diperbuat daripada petroleum. Plastik jenis ini mudah lentur dan kuat tetapi boleh dikoyakkan.

Selalu digunakan untuk lapisan dalam dan luar kotak minuman, bakul plastik beli-belah, dan juga bahan pembungkus.

4. Polypropylene (PP) 

Plastik jenis ini besifat tahan lasak, kuat, tahan kepada suhu tinggi dan juga boleh menghalang kelembapan daripada memasuki bahan yang dilindunginya.

Jadi, Peniaga dinasihatkan agar mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna juga perlu bijak dalam memilih premis makanan atau minuman yang selamat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×