Asuh

Cara Paling Mudah DIY Busyboard Untuk Anak, Tak Payah Beli Mahal-Mahal

35
SHARES
BUSYBOARD UNTUK ANAK

Pernah tak ibu ayah cuba berikan busyboard untuk anak? Rugi sebenarnya kalau tak pernah dan hanya memberikan gajet untuk melekakan mereka kerana ia boleh mengganggu tumbesaran si kecil.

Buat yang tak tahu, busyboard ini bagus kerana ia merupakan aktiviti kemahiran motor halus yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil untuk mengawal pergerakan jari dan ibu jari.

Baca juga: Ustazah ‘Asma Harun Kongsi 4 Waktu Terbaik Tegur Anak, No 1 Jarang Orang Buat

CARA DIY BUSYBOARD UNTUK ANAK, TAK PAYAH KOS MAHAL-MAHAL

BUSYBOARD UNTUK ANAK

Selain itu, ia juga boleh membantu seimbangkan koordinasi mata dan tangan, merangsang anak untuk selesaikan masalah dan merangsang pelbagai deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan tanpa mengeluarkan kos yang banyak.

Nak lagi mudah, boleh sahaja buat sendiri mainan ini di rumah menggunakan beberapa bahan sahaja. Biasa orang buat menggunakan papan sahaja.

Hari ini jom kita cuba buat versi bakul pula. Menariknya, ada roda dan senang nak gerak ke mana-mana. Boleh ajar anak berjalan juga.

Bahan diperlukan:

Cara penyediaan:

1. Ikat permainan menggunakan cable tie di setiap lubang bakul yang ada.

2. Sedia untuk digunakan.

Anak-anak mesti suka dan tak pandang mainan lain dah. Kalau dah bosan main, boleh juga bawa keluar dan letakkan anak di dalam bakul tersebut.

Selamat mencuba!

Baca juga: Tak Ada ‘Drama Air Mata’ Setiap Pagi Bila Anak Pergi Sekolah, Mak Ayah Guna Teknik Berkesan Ini!

Sumber: Facebook Nur Hazwani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×