Antara masalah normal yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa adalah anak enggan ke sekolah. Ini kerana rata-rata mereka masih lagi takut dan pasti ‘drama’ air mata akan berlaku setiap pagi.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ibu ayah boleh cuba 5 tips yang dikongsi oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli di laman Facebooknya. Jelasnya, tips ini memang berkesan dan anak suka pergi sekolah tanpa sebarang drama setiap pagi. Wah!
Baca juga: Kalau Anak Tantrum, Ibu Ayah Kena Elak Buat 3 Benda Ini
ANAK SUKA PERGI SEKOLAH KALAU GUNA 5 TIPS INI
1. RUTIN YANG KONSISTEN
Maksudnya, usahakan semua masuk tidur waktu yang sama dan bangun tidur pada waktu yang sama juga.
2. BIAR ANAK SIAPKAN BARANG SEKOLAH SEHARI SEBELUM
Kalau ibu ayah jenis gosok baju seminggu sekali, minta anak ambil baju dia malam sebelumnya dari tempat sangkut baju dan sangkutkan di tempat yang lebih mudah untuk anak ambil.
Pastikan buku sekolah, beg sekolah, biar anak yang kemas sendiri kerana penting untuk penyediaan mental dan fizikal anak.
3. JANGAN PUTUS ASA
Sebulan dan dua bulan pertama memang rata-rata ibu ayah belum dapat mengenali rentak anak lagi. Lagi-lagi lepas cuti panjang, memang susah nak pujuk. Jadi, teruskan rutin macam biasa dan jangan putus asa dengan kengganan anak.
4. HORMAT PERATURAN SEKOLAH
Bukan anak sahaja yang kena ikut peraturan sekolah, ibu dan ayah juga perlu ikut peraturan iaitu ambil dan hantar pada waktu yang ditetapkan.
Jangan sesekali datang lambat tetapi ambil awal. Nanti anak sudah terbiasa dengan cara begitu.
5. PASTIKAN RUMAH MERIAH
Kalau nak pergi sekolah jam 7 pagi, bagi masa sekurang-kurang satu jam untuk anak bersiap. Bangun awal supaya mereka ada masa untuk termenung dan sebagainya.
Bila kita jaga rutin anak ke sekolah, mereka akan lebih mudah untuk ke sekolah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Baca juga: Anak Sering Meragam Bab Makanan? Guna Tips Ini Kalau Nak Elak Si Kecil Jadi Picky Eater
Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli