Asuh

Anak Sering Meragam Bab Makanan? Guna Tips Ini Kalau Nak Elak Si Kecil Jadi Picky Eater

19
SHARES
anak picky eater

Masalah anak picky eater sering menjadi topik hangat antara ibu-ibu. Ini kerana sesetengah mommy berpendapat bahawa ia terjadi disebabkan tidak meletakkan garam dan gula dalam makanan mereka.

Sebenarnya, itu bukanlah punca utama dan hari ini penulis ingin kongsikan tips untuk ibu ayah mulakan daripada awal supaya si kecil lebih mudah untuk menerima pelbagai jenis makanan dan tidak cenderung untuk menjadi anak picky eater.

Baca juga: Amalkan Doa Ini Sebagai Penawar Ketika Anak Demam, Berkesan!

MASALAH ANAK PICKY EATER BOLEH ELAK KALAU GUNA TIPS INI

anak picky eater

1. TETAPKAN WAKTU YANG BETUL

Latih anak untuk makan mengikut waktu yang betul supaya anak terbiasa dengan rutin. Rutin yang tetap membolehkan badan anak beradaptasi dengan rasa kenyang Dan lapar dengan lebih teratur.

2. KENALKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN

Ibu bapa boleh memperkenalkan pelbagai jenis karbohidrat, sayur, buah dan protein kepada bayi setiap hari bermula daripada umur 6 Bulan.

Lidah bayi sangat sensitif kepada rasa. Kalau nak anak mudah makan sayur dan buah, ibu dan ayah perlulah sediakan sayur dan buah yang berbagai untuk anak setiap hari.

3. PELBAGAIKAN TEKSTUR MAKANAN

Bermula daripada umur 6 bulan, perkenalkan tekstur yang lembut kepada lebih pejal secara beransur-ansur mengikut usia bayi.

Apabila sudah pandai mengunyah, ibu dan ayah boleh memperkenalkan makanan yang bertekstur kasar seperti bihun, pasta, cucur, jagung. Ini bagi melatih kemahiran sensori, fizikal, dan perkembangan oral motor anak. 

4. JADIKAN MASA MAKAN YANG MENYERONOKKAN 

Antara cara menarik minat anak terhadap makanan adalah:

– Memberi peluang mereka membantu ketika penyediaan makanan.

– Sediakan makanan daripada pelbagai jenis warna dan bentuk bagi menarik minat.

– Respon dan tumpukan perhatian kepada mereka ketika sedang makan supaya dia rasa seronok untuk makan.

– Elak marah atau bermasam muka sekiranya makanan tumpah atau anak bermain dengan makanan kerana ini akan membuatkan mereka trauma atau tidak suka waktu makan.

Semua tips ini boleh dipraktikkan secara berulang kali. Yang penting, proses memupuk makan secara sihat dan seimbang perlulah dimulakan awal. Jom ibu dan ayah, berikan anak anda makanan berkhasiat untuk tumbesaran yang baik.

Baca juga: Kalau Anak Tantrum, Ibu Ayah Kena Elak Buat 3 Benda Ini

Sumber: Facebook Nutritionist Perak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×