Asuh

Kalau Anak Tantrum, Ibu Ayah Kena Elak Buat 3 Benda Ini

8
SHARES
ANAK TANTRUM

Anak tantrum, meragam dan buat perangai merupakan antara perkara biasa yang dilalui oleh ibu bapa. Ada kalanya sampai hilang rasa sabar untuk memujuk si kecil.

Untuk ibu bapa di luar sana, perlu diingatkan bahawa ada tiga perkara jangan dilakukan ketika anak tantrum. Nak tahu apa? Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Posisi Tidur Anak Ada Kaitan Dengan Karakter Mereka Rupanya, Baru Tahu!

BILA ANAK TANTRUM, JANGAN BUAT 3 BENDA INI

anak tantrum

Nampak remeh tapi kalau buat juga, risau akan menyebabkan mental anak terganggu.

1. JANGAN PAKSA ANAK DIAM

Semakin disuruh diam, makin menjadi-jadi anak mengamuk. Jadi, biarkan sahaja sehingga mereka tenang.

2. JANGAN TANYA KENAPA ANAK TANTRUM

Anak tantrum mungkin disebabkan tidak dapat apa yang diingini seperti permainan. Biarkan sahaja dan jangan layan. Lama-lama nanti pasti mereka akan berhenti menangis.

3. JANGAN TENGKING ANAK

Walaupun geram dengan perangai si anak tetapi jangan sesekali tengking mereka. Ini kerana akan mengganggu emosi  sehingga hilang keupayaan untuk berfikir dan bertindak.

Pujuklah mereka dengan cara yang tepat. Kalau sayang anak, cuba elakkan tiga perkara di atas. Pasti anak rasa lebih selamat dan tenang. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Takutnya! Ini Ciri-Ciri Parents Narsisistik, Mental Anak Kena ‘Dera’ Rupanya!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×