Famili

Terlalu Ikut Emosi Sehinggakan Termarah Si Kecil. Apa Patut Ibu Bapa Buat?

37
SHARES
termarah anak

Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Penat adalah satu keadaan yang normal lebih-lebih lagi menjaga anak kecil.  Disebabkan karenah si kecil yang bermacam jenis itu, kadangkala ibu bapa tanpa sengaja termarah anak mereka kerana terikut emosi sendiri.

Sebenarnya, bukanlah salah anak pun tapi kadangkala ibu bapa terlalu penat sehinggakan terlepas marah kepada mereka. Selepas menyedari itu salah mereka sendiri, barulah rasa bersalah menyelubungi dalam diri. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan apabila termarah anak tanpa sengaja.

Baca juga: 7 Cara Nak Elak Jadi Ibu Ayah Yang Pemarah. ‘Cool’ Je…

5 PERKARA IBU BAPA KENA BUAT BILA TERMARAH ANAK

1. MAAFKAN DIRI SENDIRI

termarah anak

Sebagai ibu bapa, ada masa anda berasa terlampau penat untuk menguruskan emosi sendiri. Tetapi, ketahuilah anda sentiasa ada peluang untuk memperbetulkan kesilapan lalu.

Maafkan diri sendiri, mulakan dari awal dan perbaiki diri. Perjuangan sebenar anda setiap hari adalah menjadi ibu bapa yang terurus emosinya supaya dapat membina ikatan keluarga yang utuh.

2. MEMINTA MAAF KEPADA ANAK

termarah anak

Ketahuilah bahawa perbuatan memohon maaf sama sekali tidak menjatuhkan martabat anda sebagai ibu bapa. Malah, ia mengajar anak untuk melakukan perkara yang sama ketika mereka melakukan kesilapan.

3. LAKUKAN ‘DO-OVER’

termarah anak

Cuba untuk perbaiki kesilapan yang telah anda lakukan dengan cuba untuk melaksanakannya dengan sewajarnya pada kali ini. Contohnya:

“Ayah cuba sekali lagi ye? Terima kasih abang sebab tunjuk lukisan abang kat ayah. Tapi, ayah tengah penat. Bagi ayat rehat kejap, nanti ayah dah okay, ayah komen tau.” atau

“Abang, ayah rasa tak seronok tengok rumah sepah. Padahal ayah tahu abang pandai kemas. Abang tolong kemas balik?”

4. MEMELUK ANAK

termarah anak

Sebenarnya semasa anda meninggikan suara kepada anak, otak reptilia mereka akan ‘triggered’ menyebabkan tercetusnya hormon stres. Jika dibiarkan, anak akan terus tegang, takut atau memberontok. Sesetengah menunjukkan tanda-tanda ‘regress’ dan resah.

Oleh itu, tindakan memeluk dan mengusap belakang badan mereka akan mencetuskan hormon ‘oxytocin’ yang akan menurunkan paras hormon stres si kecil anda.

5. AJAK BERBINCANG

termarah anak

Anak cenderung meniru tindakan anda mengamuk. Jadi, untuk mengelakkan ia daripada terjadi, ajaklah mereka berbincang bersama-sama mengenai apa yang sepatutnya dilakukan apabila kita mulai marah. Contohnya,

“Tak ada siapa yang patut guna suara tinggi bila marah. Sepatutnya bila nak marah, kita kena tarik nafas dalam-dalam dan sebut ‘auzubillahiminasyaitonirrojim’ kan?”

Memang untuk menjadi ibu bapa yang baik adalah satu cabaran tetapi ianya tidak juga mustahil. Semoga anda semua menjadi ibu bapa yang dapat menjadi tauladan kepada si kecil. Kesilapan itu normal tetapi cara anda memperbaikinya adalah paling penting.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×