Asuh

Hati-Hati, Ini 7 Perkara Mak Ayah Buat Boleh Rosakkan Anak Perempuan, Semak Punca Ini!

29
SHARES
anak perempuan

Anak perempuan fitrahnya adalah lembut dan mudah dibentuk yang merupakan satu kelebihan dan juga tanda kelemahan mereka. Jadi, emosi ibu bapa yang ditunjukkan amatlah penting kerana ia mampu memberikan kesan ke atas anak perempuan.

Melalui penulisan yang berbentuk ‘reverse psychology’ dari saudara Taufiq Razif, terdapat tujuh perkara yang dilakukan oleh ibu bapa mampu merosakkan anak perempuan itu sendiri. Maka, jagalah sang puteri anda dengan sebaiknya kerana sekali mereka dah rosak, susah untuk dibaiki kembali.

Baca juga: “Adik Nak Sedih Boleh Tapi..”- Ini 5 Langkah Bantu Anak Luah Perasaan, Baru Tak Pendam!

ANAK PEREMPUAN BOLEH ROSAK DENGAN 7 PERKARA INI

anak perempuan

Gambar: jcomp

Anak perempuan paling terkesan dengan emosi mak ayahnya. Ini 7 perkara yang boleh rosakkan anak perempuan.

1. Nak mereka jadi Attention-Seeker?

Jangan puji anak perempuan langsung. Buat ketat saja muka dan jangan pedulikan mereka.

Disclaimer: Ini adalah penulisan reverse psychology. Baca & JANGAN amalkan ya.

2. Nak mereka rasa rendah diri?

Kritik badan mereka dan kritik semua yang mereka buat untuk kita.

Disclaimer: Ini adalah penulisan reverse psychology. Baca & JANGAN amalkan ya.

3. Nak mereka rasa tak cantik?

Puji saja anak orang depan mereka, tapi jangan sekali kali puji kecantikan anak-anak sendiri di depan muka mereka.

Disclaimer: Ini adalah penulisan reverse psychology. Baca & JANGAN amalkan ya.

4. Nak anak perempuan rasa tak dihargai?

Jangan ucap terima kasih pun pada anak perempuan ini. Biar saja mereka serve kita. Kita kan mak ayah, mak ayah kena lah ego. Baru anak hormat.

Disclaimer: Ini adalah penulisan reverse psychology. Baca & JANGAN amalkan ya.

Baca juga: Ini ‘List’ Animasi Menarik Untuk Anak Minat Sains, Boleh Jadi Saintis Muda Di Rumah!

5. Nak mereka jadi kurang ajar?

Tekan je mereka kaw kaw. Biar mereka rasa apa kita rasa masa kecil dulu. Dah marah kaw kaw tu tak payah peluk cium bagai, biarkan saja mereka.

Disclaimer: Ini adalah penulisan reverse psychology. Baca & JANGAN amalkan ya.

6. Nak bagi mereka lost?

Tak payah bagi peraturan langsung dalam rumah. Biar saja mereka nak buat apa pun. Bagi saja semua yang mereka nak. Tabur je duit kat depa. Pandai pandai la depa nanti.

Disclaimer: Ini adalah penulisan reverse psychology. Baca & JANGAN amalkan ya.

7. Nak mereka jadi trauma?

Buat saja sesuka hati kita. Marah tak payah berlapik. Jerit pun tak payah nak tahan tahan. Jerit saja sekuat hati dekat anak tu. Kalau terlanjur marah melampau pun tak payah minta maaf ke apa.

Kesimpulan

Anak perempuan ini fitrahnya lembut dan mudah dibentuk. Memang itu kelebihan mereka tapi itulah juga kelemahan mereka.
Sekali mereka dah rosak, susah untuk baikinya kembali. Jadi jagalah mereka sebaiknya sebab anak perempuan adalah anugerah dan pada masa yang sama mereka adalah amanah!

Baca juga: Rupanya Ini Senaman Terbaik Untuk Bayi, Capai Stimulasi Sensori & Otot Pun Kuat!

Sumber: Taufiq Razif

FT Image: peoplecreations

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×