Euforia Bola 2026
Famili

Janji Urus Pindah Sekolah Bertukar Mimpi Ngeri, Pekerja Hotel Amang Seksual Anak Tunang!

amang seksual

Kepercayaan yang diberikan oleh seorang bapa untuk membantu menguruskan perpindahan sekolah anaknya bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila remaja itu didakwa menjadi mangsa amang seksual di sebuah hotel di Tanah Merah, Kelantan.

Akibat perbuatan tersebut, seorang pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tunangnya yang berusia 16 tahun 10 bulan.

Baca juga: [VIDEO] Kes Pilot Seludup D*dah: Polis Dedah Bekalan Diambil Di Ampang, ‘Orang Dalam’ KLIA Turut Disiasat

KES PEKERJA HOTEL AMANG SEKSUAL ANAK TUNANG BERUSIA 16 TAHUN DI SEBUAH HOTEL

amang seksual

Gambar Adila Sharinni Wahid: Tertuduh (kiri) yang tiba di mahkamah dengan menggunakan kenderaan polis.

Janji urus perpindahan sekolah tetapi dibawa ke hotel

Mengikut fakta kes, tertuduh sebelum itu mengambil mangsa daripada bapa kandungnya di Kuala Krai atas urusan dan janji mahu menguruskan perpindahan sekolah remaja tersebut ke Besut, Terengganu, iaitu tempat ibu mangsa bekerja.

Bagaimanapun, mangsa sebaliknya dibawa ke sebuah hotel di Tanah Merah, tempat tertuduh bekerja.

Pendakwaan memaklumkan tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sebanyak dua kali ketika remaja itu sedang tidur, masing-masing pada jam 3 pagi dan 11 pagi pada 24 Julai lalu.

Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri sebelum berjaya keluar dari bilik hotel dan melarikan diri.

Remaja itu kemudian ditemui orang awam dalam keadaan bersendirian di tepi jalan kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.

Polis kemudiannya menghubungi ibu mangsa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Baca juga: “Masakan Masih Dalam Kuali..”- Jururawat Pergi Selamanya Selepas Habis Syif Malam, Sempat Peluk Suami & Anak

Mahkamah anggap kesalahan sangat serius

Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan dia merupakan anak sulung daripada lima beradik serta perlu menjaga ibu selain bapanya yang menghidap penyakit jantung.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Nai’lah Harizan memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Beliau turut menegaskan bahawa kes seumpama itu semakin kerap dibawa ke Mahkamah Pasir Mas dan tidak seharusnya terus menjadi barah dalam masyarakat.

Menurutnya, mangsa bukan sahaja menjadi mangsa jenayah seksual, malah turut mengalami trauma.

amang seksual

Gambar Nik Abdullah Nik Omar (NSTP)

Dipenjara lima tahun, dua sebatan dan wajib jalani kaunseling

Hakim Zulkpli Abdullah kemudian menerima pengakuan salah tertuduh dan mensabitkannya atas kedua-dua pertuduhan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan serentak, selain satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta dikenakan perintah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Nik Abdullah Nik Omar (NSTP)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×