Asuh

“Adik Nak Sedih Boleh Tapi..”- Ini 5 Langkah Bantu Anak Luah Perasaan, Baru Tak Pendam!

2
SHARES
bantu anak luah perasaan

Kanak-kanak yang masih kecil pastinya akan mengalami fasa pencampuran emosi buat pertama kali dalam hidup mereka. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk bantu anak luah perasaan dengan langkah yang betul. Contohnya, emosi sedih yang diterima apabila melihat proses penyembelihan haiwan dilakukan sewaktu Hari Raya Aidiladha.

Melalui perkongsian dari Puan Hanis Athirah Rusli, terdapat lima langkah yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu anak meluahkan perasaan supaya tidak memendamnya. Ingat, jangan sesekali memperlekehkan perasaan anak-anak.

Baca juga: Rupanya Ini Senaman Terbaik Untuk Bayi, Capai Stimulasi Sensori & Otot Pun Kuat!

BANTU ANAK LUAH PERASAAN DENGAN 5 KAEDAH INI

bantu anak luah perasaan

Gambar: jcomp

Pengalaman melihat haiwan dikorbankan depan mata menghadirkan pelbagai perasaan. Tambah anak kedua ini jenis yang sensitif jiwanya melibatkan haiwan.

Antara faktor itu jugalah Islam dah ajar kita supaya sembelihan harus dilakukan tanpa menyeksa haiwan korban. Dan kita sebagai mak ayah, jangan sesekali perlekehkan perasaan itu. Itu tandanya ada empati dalam diri.

Lagipun memang fitrah manusia mempunyai sifat belas kasihan. Jadi, cara untuk bantu anak regulate (mengawal) percampuran emosi yang mereka alami adalah seperti berikut.

CARA MINTA ANAK MELUAH DAN BUKAN MEMENDAM PERASAAN YANG DIALAMI

1. Mengenal pasti (recognize)

Bantu kenal pasti perubahan emosi anak-anak.

2. Memahami (understand)

  • ❌ Elak ” Apalah adik itu pun nak sedih”
  • ✅ Cuba ” Cerita dekat tokmi kenapa adik sedih”

3. Mendengar dan menamakan perasaan (label and listen)

Dengar luahan hati anak. Namakan perasaan anak supaya anak belajar ungkapkan emosi dalam bentuk perkataan.

4. Menyampaikan perasaan dengan betul (express appropriately)

“Adik nak sedih boleh, tapi jangan menangis lama-lama ya. Lembu itu akan jadi haiwan tunggangan atas titian sirat dekat akhirat nanti.”

5. Mengawal perasaan dengan berkesan (regulate effectively)

Ajar anak untuk ‘deep breathing’ atau meluah bila sedih. Bila jadi mak ayah ini jangan sesekali perlekeh apa yang anak rasa.

Nampak remeh tapi perasaan belas kasihan ini tanda anak ada empati dalam diri. Ini penting untuk perkembangan emotional quotient (EQ) anak-anak.

Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu, InsyaAllah.

Baca juga: Panduan Potong 7+ Buah-Buahan ‘Favourite’ Anak Kecil, Elak Tercekik!

Sumber: Hanis Athirah Rusli

FT Image: jcomp & hanis athirah rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×