Asuh

Rupanya Ini Tips Elak Tantrum Anak, Jangan ‘Kunci’ Emosi Si Kecil

3
SHARES

Kebiasaannya ibu bapa akan menghadapi ledakan emosi anak yang suka buat perangai atau ‘tantrum’. Malah, bukan mudah untuk mengawal dan menghadapi perangai anak yang satu ini meskipun di depan khalayak umum. Ada kalanya anda pasti berasa bingung.

Tantrum merupakan luahan emosi yang biasanya ditunjukkan oleh anak kecil sepeti keras kepala, menangis, menjerit, berteriak, membangkang, atau marah. Namun, tahukah anda salah satu aspek yang menyebabkan tantrum anak terjadi adalah disebabkan tindak-tanduk ibu bapa yang memaksa anak mengunci perasaan mereka.

Baca juga: “Enjoy The ‘Bau Masam’ Experience…”- Jangan Risau Bayi Jeluak, Ada Bezanya Dengan Muntah

RUPANYA INI TIPS ELAK TANTRUM ANAK, JANGAN ‘KUNCI’ EMOSI SI KECIL

Justeru itu, ikuti perkongsian Puan Wan Nur Syakira untuk mengetahui bagaimana cara sepatutnya ibu bapa mengatasinya ketika anak-anak menunjukkan emosi mereka.

TIPS ELAK TANTRUM ANAK

Gambar hiasan: OhMyGooGooGaGa

JANGAN SEGERA HAPUSKAN KESAKITAN ANAK DENGAN KATA-KATA.

Kebiasaannya,

Kalau anak kita terjatuh, terlanggar, tercedera, ramai yang akan cuba tenangkan anak dan kata .

  • ” Sakit sikit je kan, tak sakit pun”.
  • ” Ala baby kan dah besar, tak yah nangis nangis, senyap senyap “.
  • ” Tulah ke sana ke mari, kan dah jatuh”.

Sudahnya anak selalu tantrum, dan sukar dikawal, senang merengek.

SEBAB APA?

Bila anak sakit, kita senyapkan dia untuk mengakui dan meluahkan sakit. Emosi yang perlu dilepaskan dipaksa untuk disimpan. Akhirnya, dia susah nak cerita dan tahu di mana dia sakit.

Kesannya bawa ke masa hadapan.

Jadi bila anak nangis sebab sakit ke, lapar, tak selesa ke, anak tak boleh nak beritahu, sebab dah terbiasa disenyapkan oleh ibu ayah. Dan sebenarnya mungkin dia sendiri pun tak tahu apa benda yang aku rasa ini.

Maka, anak hilang kawalan sebab tak mampu nak ekspresikan apa yang dia rasa. Tulah jadinya anak makin susah dikawal sebab tak tahu punca.

  • Anak sebenarnya lapar, tak boleh beritahu, kita ingat dia nak tidur.
  • Anak sebenarnya sakit perut, tak boleh beritahu, kita ingatkan sakit kaki.
  • Anak sebenarnya nak tidur, kita ingat dia nak main.

Ha, kan dah kelam kabut jadinya?

JELASKAN PADA ANAK TENTANG EMOSI YANG DIRASA

Gambar hiasan: MommyNearest

Jadi, contohnya, kalau anak tersadung kaki, tunjukkan pada anak,

“Kaki sakit ye! Takpe mai ibu ayah gosokkan.”

” Adam sedih ye sebab jatuh ye.”

  • Jelaskan pada anak di mana sakitnya.
  • Jelaskan pada anak apa emosi yang dia rasa ketika itu.

TINDAKAN IBU AYAH YANG PERLU DILAKUKAN

Jadi, apa ibu ayah perlu buat?

  • Beri ruang dan masa untuk dia menangis sebentar sambil memberi sentuhan.
  • Acknowledge perasaan dan sakit anak.
  • Sebutkan untuk anak jika belum mampu bercakap dan memahami.
  • Sentiasa bercerita tentang jenis emosi dan sakit supaya anak tahu.

Hasilnya, anak tahu apa yang dirasa, anak boleh ekspresikan tanpa rasa takut dan dihakimi.

Hasilnya, kita tahu apa yang anak rasa, dan kita dapat mencari penyelesaian yang betul.

Jangan cepat melabel anak tak dengar kata, buat perangai, padahal sebenarnya mereka nak beritahu sesuatu pada kita melalui tingkah laku mereka.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×