Asuh

3 Zikir Redakan Tantrum Anak Boleh Diamalkan, Si Kecil Kurang Buat Perangai Lepas Ini

20
SHARES
doa anak tantrum

Cabaran ibu bapa yang mempunyai anak-anak masih kecil adalah menghadapi perlakuan tantrum mereka. Maka, pelbagai usaha boleh anda praktikkan untuk memujuk mereka seperti doa anak tantrum ini dengan mengamalkan tiga bacaan zikir.

Menurut MyHealth, tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Ia boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar yang membawa kepada menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka. Jadi, mari tenangkan anak kecil ini dengan bacaan di bawah.

Baca juga: #ProjekMimpi: Tanpa Kita Sedar, Ini 10 Sebab Diri Sering Diuji Dengan Kemiskinan..

DOA ANAK TANTRUM DENGAN AMALAN 3 ZIKIR

doa anak tantrum

Gambar: jcomp

3 zikir untuk redakan tantrum anak!

Anak tantrum, satu cabaran hebat buat ibu bapa. Maria Firdz (MF) tak terkecuali diuji dengan anak tantrum.

Masa anak kedua, MF pernah hadap tantrum ni. Ingatkan dah tak hadap lagi, sekali lagi diuji dengan lebih dahsyat tantrum anak bongsu. Anak lelaki mungkin, tantrumnya di luar kawalan.

2 minggu MF cuba untuk redakan segala macam ayat dibaca, termasuk azan dan iqamah di telinga. Tapi tak juga reda.

Baca juga: Doa & Cara Buang Tenaga Negatif, Baru Rumah Bersih Aura ‘Panas’!

1. Zikir meninggikan asma’ Allah

doa anak tantrum

Entah kenapa, seperti ilham Allah berikan, teringatkan satu zikir dalam al-Mathurat yang biasa dibaca untuk halau syaitan dan sihir. MF baca perlahan pada ubun-ubunnya, Alhamdulillah nampak tenang sikit.

doa anak tantrum

Bismillahil-Lazhii Laa Yaḍurru Ma’Asmihii Shay’un Fil-Arḍi Wa Laa Fis-Sama’i Wa Huwas-Samii’ul-‘Aliim 

“Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui“

Baca juga: Doa Penyeri Wajah Dari Surah Yusuf & 5 Amalan Aura Kekal Bersinar!

2. Zikir Ya Latif

Bila reda sikit, MF peluk. Baca pula zikir kedua iaitu zikir Ya Latif mendayu-dayu.

doa anak tantrum

Baca juga: 3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!

3. Selawat Nabi Muhammad SAW

Bila tenang, MF teruskan dengan selawat Nabi hinggalah dia reda.

doa anak tantrum

Sollallahu ‘ala Muhammad

Selawat Allah ke atas Muhammad

doa anak tantrum

Sollallahu ‘alahi wasallam

Selawat salam dipohon lagi

Sekarang ini, kalau dia mula tantrum je, MF akan bacakan 3 zikir ni. Alhamdulillah, lebih mudah dikawal bila tahu gayanya.

Apa pun, nak hadap anak tantrum memang mencabar. Bila dia mengamuk, kita pun terasa nak mengamuk juga. Tapi 3 zikir itu mampu tenangkan diri kita dan juga anak yang tantrum.

Semoga bermanfaat.

VIDEO PENUH DISEDIAKN MARIA FIRDZ

Baca juga: Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!

Sumber: Maria Firdz

FT Image: antoniodiaz/ Shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×