Nur

#ProjekMimpi: Tanpa Kita Sedar, Ini 10 Sebab Diri Sering Diuji Dengan Kemiskinan..

26
SHARES
penyebab miskin

Terdapat hikmahnya apabila kehidupan seseorang itu diberikan ujian kemiskinan kerana setiap perkara yang berlaku di atas muka bumi ini semestinya bersebab. Antara penyebab miskin adalah untuk mengajar diri agar belajar erti bersyukur, menghargai dan berusaha untuk mengubah kehidupan.

Diberikan ujian kemiskinan bukanlah bermaksud untuk terus mengeluh atas nasib diri dan menjadikan ia sebagai penghalang dari terus berjaya. Berikut merupakan 10 perkara kepada penyebab miskin.

Baca juga: Baca Doa Pendinding Elak Gangguan Jin, Kadang Ini Punca Bayi Menangis Malam

PENYEBAB MISKIN

penyebab miskin

Gambar: freepik

1. Solat

Seseorang yang berkeinginan bermacam-macam perkara tetapi tidak menjaga solat dengan betul. Antaranya tidak cukup solat atau sengaja melambatkan solat. Sikap malas ini perlu dielakkan dan diubah.

2. Terburu-buru keluar masjid selepas subuh

Sekiranya anda mempunyai masa selepas solat subuh, adalah lebih baik meluangkan waktu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

3. Tak bersihkan sawang dekat rumah

Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan. Jadi, rajinkan diri anda untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih supaya rezeki juga dapat masuk.

4. Diri takut mencuba

Jangan takut untuk mencuba sesuatu perkara baru yang baik untuk mengubah kehidupan anda. Apabila diri berasa takut untuk mencuba, perjalanan hidup anda tidak akan berubah dan hanya berada di tahap yang sama.

5. Selalu berfikiran negatif

Terlalu berfikiran negatif boleh memberikan kesan yang buruk pada diri dan kehidupan anda. Terutamanya, setiap kali mulut ‘berzikir’ ayat-ayat negatif yang merendahkan keyakinan diri seperti “aku tidak boleh, susah lah,” dan sebagainya.

Baca juga: 3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!

6. Diri yang malas

penyebab miskin

Gambar: freepik

Jika hidup anda masih lagi miskin, hal ini mungkin kerana atas sikap malas diri itu sendiri. Malas nak berusaha atau malas nak mengubah kehidupan, semua itu tidak akan ke mana.

Secara tak langsung, ia menunjukkan anda gagal dengan ujian yang Allah SWT bagi kerana tiada usaha untuk mengubah nasib diri dan terlalu setia serta selesa berada di tahap kehidupan yang sama.

7. Belajar erti bersyukur

Tidak semua, mungkin segelintir orang jika dilahirkan dalam keluarga kaya, sifat syukur dalam diri itu berkurangan. Di mana, apa sahaja yang diinginkan akan terus diperolehi seperti semudah ABC.

Allah SWT memberi ujian kemiskinan kepada hamba-Nya yang terpilih, agar diri ini sentiasa bersyukur dan menghargai dengan apa yang ada.

8. Agar berusaha jadi pandai

Menghadapi ujian kemiskinan dapat membakar semangat seseorang itu agar terus berazam untuk mengubah kehidupan diri dan keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh. Di mana, ilmu adalah kunci penting untuk menutup pintu kemiskinan.

9. Jadikan diri semakin kuat

Ujian kemiskinan juga mengajar seseorang itu menjadi manusia yang lebih kuat. Hal ini kerana, anda telah melalui pelbagai bentuk penderitaan dalam kehidupan.

Semua perkara yang berlaku ini, menjadikan diri lebih matang dan berusaha untuk mengubah kehidupan diri sendiri.

10. Allah SWT mahu hamba-Nya bermula dari bawah

Anda diberikan ujian kemiskinan kerana Allah SWT inginkan hamba-Nya belajar dari bawah iaitu bermula dengan hidup susah. Ujian ini juga mengajar diri untuk pandai berdikari, tidak lalai dan belajar bersungguh-sungguh.

Kesimpulan

Yakinlah bahawa hidup dalam kemiskinan boleh diubah dan tidak akan kekal selamanya, sekiranya anda mempunyai usaha dan matlamat yang berterusan untuk mengubah diri. Selain itu, miskin bukan penghalang untuk seseorang itu menempa kejayaan kerana anda boleh mengubahnya dengan adanya ilmu yang merupakan antara kunci orang yang berjaya.

Juga, Allah SWT memberikan ujian kemiskinan kepada hamba-Nya yang terpilih adalah kerana Dia Maha Tahu bahawa anda mampu memikul ujian ini. Jadi, janganlah cepat berputus asa.

Baca juga: Hukum Lelaki Pakai Inai Di Jari, Tanpa Sedar Ramai Yang Dah Buat!

Sumber: iMuslim / Ustaz Fawwaz 

FT Image: jcomp / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×