Famili

Ruby Berjaya Menang Wang Tunai RM5,000 Menerusi Kempen Projek Mimpi Anjuran Sirap Limau

23
SHARES
KEMPEN PROJEK MIMPI 2023

Kempen Projek Mimpi 2023 anjuran Sirap Limau yang bermula pada 15 November lepas kini telah melabuhkan tirainya. Kempen ini berjaya menarik lebih 200 penyertaan di laman Facebook.

Pelbagai impian yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia dan rata-ratanya memilki hasrat yang berbeza dan unik.

Baca juga: Projek Mimpi: Tempurung Kepala Suami Pecah, Isteri Nak Bantu Suami Dengan Beli Motosikal 3 Roda

KEMPEN PROJEK MIMPI 2023 SIRAP LIMAU LABUHKAN TIRAI

KEMPEN PROJEK MIMPI 2023

Kempen yang mempunyai tiga fasa ini, telah memilih 10 orang finalis daripada 200 penyertaan tersebut. Pemilihan dibuat menerusi video yang dimuat naik oleh peserta di laman media sosial masing-masing.

10 orang finalis tersebut adalah Maryam Elyas, Ruby Abu Bakar, Zairina Yuszairi, Nazia Suhaimi, Qaseh Rhizki, Ila Athilah, Nuansa Bening, Suhaimi Shima Salsabila, Nur Khairul Bariyah dan Nor Sarah Shukri.

Selepas sebulan meneliti dan menapis video tersebut, team Sirap Limau telah memilih Puan Robiah Abu Bakar sebagai pemenang wang tunai sebanyak RM5,000.

Puan Robiah berasal dari Taiping bekerja sebagai jurujual memiliki impian besar iaitu ingin membeli motosikal 3 roda untuk kegunaan suaminya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori fizikal.

Suaminya, Amran Osman difahamkan OKU akibat kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Dugaan itu telah memberi tamparan hebat buat mereka kerana tulang belakang keluarga tidak dapat bekerja seperti biasa.

Walaupun keadaan semakin beransur pulih, doktor menasihati Amran agar lebih banyak berehat dan tidak melakukan pekerjaan berat untuk mengekalkan tahap kesihatannya.

Jadi, dengan kewujudan kempen Projek Mimpi ini, Puan Robiah dan suami berharap agar kehidupan mereka lebih bermakna. Selain itu, beliau juga berharap motosikal 3 roda dapat memulih emosi suami tercinta dan mampu berdikari di masa hadapan.

Bagi anda yang terlepas membaca artikel dan menonton video menarik para peserta, layari laman sesawang eksklusif Projek Mimpi di https://siraplimau.com/projekmimpi/ .

Selain itu, anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Sirap Limau iaitu https://siraplimau.com/ untuk mendapatkan kandungan informasi terkini dan ‘evergreen’ berkaitan ilmu bersifat kekeluargaan, yang sesuai untuk segenap umur.

Ikuti kami di platform media sosial Sirap Limau seperti Tiktok dan Instagram di @mysiraplimau atau laman Facebook Sirap Limau https://www.facebook.com/mysiraplimau

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×