Famili

#ProjekMimpi: Pejuang Pesakit Mental Ingin Buka Studio Seni Bantu Hadapi Isu Kesihatan Ini

384
SHARES
pejuang pesakit mental

Kisah pejuang pesakit mental ini bermula pada 2012, apabila Nazia Suhaimi (34) telah disahkan sebagai pesakit Major Depressive Disorder (MDD). Ketika itu, Nazia sedang menuntut di tahun tiga dalam jurusan Ijazah Seni Bina.

Ekoran tidak dapat menanggung simptom depression yang semakin teruk, pada 2014 dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Di mana, tahap kesakitannya sangat teruk sehingga hilang rasa fungsi untuk hidup seperti biasa dan kemahiran melukisnya juga terkubur buat seketika.

Baca juga: #Projek Mimpi: Isteri Hebat Ini Nak Bantu Suami OKU Kerja Angkut Sampah Ada Troli Khas!

PEJUANG PESAKIT MENTAL

pejuang pesakit mental

Gambar: Aktiviti doodle semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jun 2023 – Nazia Suhaimi

Namun, ujian hidupnya tidak berhenti setakat itu. Selepas melahirkan anak sulung, kemurungannya menjadi semakin teruk (2015) dan kemudian disahkan pula menghidap Anxiety Disorder (AD) sewaktu menyambung rawatan psikiatri pada 2018.

Nazia tidak berputus asa dan terus menjalani rawatan seperti Art Therapy dengan melukis atas kertas kecil secara perlahan-lahan selama 5 minit. Ekoran kecekalannya itu, dari 5 minit ke 7 minit membuat latihan melukis, akhirnya dia mampu untuk melukis selama sejam pula.

Maka, Nazia pun mendalami ilmu Expressive Art Therapy. Melalui ilmu itu dia sedar bahawasanya, melukis dan mewarna bukan saja baik untuk kanak-kanak, bahkan pada remaja dan orang dewasa.

Baca juga: #ProjekMimpi: Hasil Kebun Berbuah Lebat, Wanita Pasang Hajat Nak Ada Sistem Fertigasi!

Impian membuka studio kecil melakukan aktiviti seni bersama masyarakat

pejuang pesakit mental

Gambar: Koleksi lukisan dari Kelas Seni CikYa tahun lepas – Nazia Suhaimi

Di atas asbab itu, lahirnya impian wanita hebat bernama Nazia Suhaimi untuk membuka sebuah studio kecil untuk masyarakat supaya boleh melakukan aktiviti seni bersama.

Menurut wanita pemegang Diploma Seni Bina ini, bagi mencapai misi impiannya itu, dia telah mengorak langkah kecil dengan menjalani latihan Usahawan Tutor Online sebelum ditauliahkan sebagai pengajar.

“Sebelum saya buat kelas online, saya telah pun menjalani latihan Usahawan Tutor Online oleh usahawan Drawzania.com dan Yayasan Wiba Prima selama 3 bulan. Selepas itu, barulah saya ditauliahkan sebagai pengajar dari Drawzania.com,” ujarnya kepada penulis Sirap Limau.

pejuang pesakit mental

Gambar: Antara kelas dalam talian yang dijalankan – Nazia Suhaimi

Kemudiannya pada 2022, Nazia telah membuka kelas seni melukis dan mewarna untuk kanak-kanak secara dalam talian dengan nama Kelas Seni CikYa, sepenuh masa.

Tahun demi tahun, ibu kepada tiga anak ini melatih diri untuk melukis dan percubaan menulis buku. Siapa sangka, berkat usahanya itu yang juga sering berkongsi pengalaman diri menghidap MDD dan AD di media sosial, kini telah mengeluarkan dua buah buku yang bertajuk #Empati dan Doodle-Lah!

Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!

pejuang pesakit mental

Gambar: Buku komik #Empati (kiri) dan buku Doodle-Lah! (kanan) – Nazia Suhaimi

Berbalik kepada impiannya untuk membuka studio kecil yang menyasarkan golongan kanak-kanak dan orang dewasa itu, dia berhasrat akan mengadakan aktiviti seperti melukis, mewarna, men-doodle, menghias kek atau biskut, melakukan aktiviti kraf dan macam-macam lagi.

Nazia terbuka hati untuk berkongsi perjalanan hidupnya ini, apabila dia telah terpilih sebagai 10 finalis bagi #ProjekMimpi yang dianjurkan Sirap Limau yang bermula November lalu.

Semoga kisah kesungguhan perjalanan Nazia Suhaimi dalam proses pemulihan diri daripada menghidapi Major Depressive Disorder dan Anxiety Disorder ini, mampu memberikan nafas kehidupan baru kepada masyarakat terutamanya pejuang pesakit mental di luar sana.

Juga kepada hasrat Nazia yang ingin membuka sebuah mini studio, semoga tercapai! Agar anda dapat berbakti kepada masyarakat yang turut menghadapi isu kesihatan mental.

Tonton video penyertaan #ProjekMimpi finalis Nazia Suhaimi di sini.

Baca juga: #ProjekMimpi Jejaka OKU Penglihatan, Celik IT Dikagumi Ramai, Satu Dalam Sejuta!

FT Image: Nazia Suhaimi

– Artikel ini adalah hasil dari temu bual eksklusif bersama finalis Projek Mimpi anjuran Sirap Limau. –

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×