Famili

#ProjekMimpi Jejaka OKU Penglihatan, Celik IT Dikagumi Ramai, Satu Dalam Sejuta!

3
SHARES
oku penglihatan

Kekurangan pada diri bukan menjadi penghalang untuk menimba ilmu agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan berbakti kepada masyarakat. Itulah nukilan ayat yang sesuai untuk digambarkan kepada jejaka orang kurang upaya atau OKU penglihatan yang satu ini.

Kehilangan salah satu pancaindera sejak lahir, tidak mematahkan semangat jejaka bernama Loh Boon Keat, 23, untuk mahir dalam teknologi.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

OKU PENGLIHATAN YANG CELIK IT

oku penglihatan

Gambar: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, Boon Keat begitu tangkas mengendalikan segala berkaitan teknologi menggunakan pembaca layar Non Visual Desktop Access (NVDA) di Windows, Google TalkBack di Android serta VoiceOver di iOS) hingga mendapat perhatian umum.

Malah, kefasihannya berbahasa Melayu dan tidak kekok berkongsi cerita mengenai sesuatu topik, membuatkan hampir setiap video yang dimuat naik oleh saudara baharu ini di TikTok meraih ratusan ribu tontonan pengguna media sosial itu.

Baca juga: Tak Semua Orang Tahu, Ini 17 Jenis Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Ahli!

Menurut Boon Keat, dia berminat kepada teknolgi pada tahun 2013. Katanya, selepas menamatkan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth di Johor Bahru, dia melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai English College (2013 hingga 2017).

“Keluarga memberikan saya komputer riba. Selepas tahu kedudukan papan kekunci dan mengenali serba sedikit mengenai interface Windows Operating System, saya berani buat apa sahaja untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

“Saya akan explore apa saja. Pernah sehingga komputer riba saya tiada bunyi. Saya ingat sudah rosak, tetapi kawan saya betulkan semula dan boleh digunakan. Dari situ bermulanya pembelajaran saya tentang Windows Operating System secara mendalam.

“Saya mula belajar cara memasang aplikasi termasuk pembaca layar dan banyak lagi. Saya berterima kasih kepada kawan dan cikgu yang mengajar saya semuanya.

“Bagi telefon pintar, lebih sebulan saya belajar sendiri untuk memahirkan penggunaan Android Operating System,” katanya ketika ditemui wartawan Berita Harian di Taman Desa Jaya, di sini, baru-baru ini.

Baca juga: 5 Kaedah Hapus Dokumen Penting Yang Tak Terpakai, Maklumat Sensitif Pun Selamat!

Mudah pelajari teknologi

oku penglihatan

Gambar: Video di laman Tiktok Loh Boon Keat yang sebelum ini viral menunjukkan cara OKU penglihatan menggunakan telefon pintar.

Berperwatakan ringkas dan mudah mesra, Boon Keat menjelaskan tidak sukar bagi golongan OKU penglihatan untuk belajar menggunakan teknologi dan fungsi Braille Screen Input kerana kebanyakan sudah mahir dengan mesin Braille.

“Saya juga mengajar rakan senasib untuk menaip menggunakan fungsi Braille Screen Input yang tersedia pada pembaca layar Android serta iOS.”

“Ada yang saya ajar secara berdepan. Saya minta mereka pegang jari saya bagi mengetahui kedudukan sebenar jari untuk menaip guna Braille Screen Input.

“Kalau nak buat video dan hantar pun tak boleh, mereka juga OKU penglihatan, macam mana hendak lihat video? Jadi sama ada mengajar secara langsung ataupun saya akan buat audio tutorial dan mereka ikut langkah yang saya tunjukkan satu persatu,” jelasnya yang memeluk Islam sejak 17 Oktober 2016.

Baca juga: Lelaki Berjaya Transformasi Rumah Usang Kepada Boho Scandinavian, Tak Ubah Struktur Asal Pun!

Tambahan pula, anak tunggal kelahiran Batu Pahat dan dibesarkan di Johor Bahru ini, tidak pernah berasa kesal akan kecacatan sejak lahir itu.

Ketika ditemui wartawan Berita Harian, Boon Keat baharu pulang menunaikan umrah, pada hujung bulan lalu. Pengalamannya menunaikan umrah dan dapat memegang Kaabah merupakan perkara yang tidak mungkin dilupakan.

Menurut Boon Keat, dia sentiasa berfikiran Islam yang sangat memudahkan urusan umatnya.

“Saya suka mendengar ceramah yang besertakan dalil daripada al-Quran dan hadis, tetapi kena berhati-hati sebab ada juga yang memberi hadis palsu.

“Ramai yang tanya saya, kenapa tidak tukar nama Islam. Pada saya Islam tidak mensyaratkan perlu tukar nama,” katanya ringkas.

Baca juga: #ProjekMimpi: ‘Rumahku, Rakitku’- Rumah Kelong Berjaya Terapung Semasa Banjir Jadi Inspirasi!

Sumber: Berita Harian / Tiktok Loh Boon Keat

FT Image: Berita Harian / Tiktok Loh Boon Keat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×