Didik

Tak Semua Orang Tahu, Ini 17 Jenis Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Ahli!

6
SHARES
jenis pengeluaran KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan bagi ahlinya membuat persediaan menghadapi persaraan yang lebih selesa. Terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan seperti berikut.

Baca juga: Ini Tips Bersara, Baru Masa Depan Selesa & Terjamin, ‘Point’ No. 7 Tolong Elak!

JENIS PENGELUARAN KWSP

jenis pengeluaran KWSP

Gambar: Portal KWSP

PENGELUARAN SEBAHAGIAN

1. Umur 50 tahun

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Klik sini.

2. Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Maklumat lanjut, boleh klik di pautan ini.

3. Beli rumah

Keputusan untuk membeli hartanah merupakan keputusan yang besar bagi ahli dan untuk merealisasikan persaraan yang selesa, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

Klik pautan ini untuk syarat dan dokumen pengeluaran.

4. Bina rumah

Bagi membantu ahli membina rumah impian mereka, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah. Klik sini.

5. Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan. Klik sini.

6. Ansuran bulanan pinjaman perumahan

Dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai. Klik sini.

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Bil Tak Melambung, Terutama Rumah Pakai Aircond & Pemanas Air!

7. Perumahan fleksibel

jenis pengeluaran KWSP

Gambar: tirachardz

Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan. Klik sini.

8. Perumahan PR1MA

Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda. Klik sini.

9. Pengeluaran KWSP untuk haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Klik sini.

10. Kesihatan

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan. Maklumat lanjut di sini.

11. Simpanan melebihi 1 juta

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan. Klik sini.

Baca juga: Ini 7+ Sebab Perlu Beli Rumah Awal & Harga Pelbagai Kediaman, Baru ‘Saving’ Bermatlamat!

PENGELUARAN PENUH

12. Hilang upaya

jenis pengeluaran KWSP

Gambar: freepik

Pengeluaran Hilang Upaya membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda. Klik di sini.

13. Meninggalkan negara

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP. Klik sini.

14. Kematian

Sekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Anda digalakkan membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan. Klik sini.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

15. Pekerja berpencen dan persara pilihan

jenis pengeluaran KWSP

Gambar: jcomp

Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) membolehkan ahli KWSP yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberikan taraf berpencen untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka. Klik sini.

16. Umur 55 tahun

Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun. Klik sini.

17. Pengeluaran KWSP umur 60 tahun

Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda. Klik sini.

Baca juga: “Rumah Mahal Tapi Kotor…”- Ingat Pesan Mak Bila Kemas Rumah Macam Ini Caranya

Sumber: KWSP

FT Image: utusan / johan111

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×