Didik

Ini 7+ Sebab Perlu Beli Rumah Awal & Harga Pelbagai Kediaman, Baru ‘Saving’ Bermatlamat!

22
SHARES
tips rumah

Pernah kah anda terfikir, betul ke salah tindakan membeli rumah semasa muda? Tambahan pula, dengan kekurangan ilmu mengenai tips rumah sehingga tidak tahu risiko yang mana perlu diambil. Jangan risau, ilmu kan boleh ditimba.

Bak kata Pakar Hartanah, Tuan Azizul Azli Ahmad, sebenarnya tiada yang salah atau betul, yang ada baik atau buruk pada kewangan sendiri. Hal ini kerana, ada banyak sebab juga tidak beli rumah awal. Paling penting, diri anda sendiri kena tahu apa yang diinginkan supaya ada matlamat untuk dicapai.

Justeru itu, mari ikuti tips rumah mengenai 8 sebab perlu beli rumah awal dan jenis kediaman di Malaysia serta lingkungan harganya.

Baca juga: Ini Tips Bersara, Baru Masa Depan Selesa & Terjamin, ‘Point’ No. 7 Tolong Elak!

TIPS RUMAH

tips rumah

Gambar: tirachardz

8 SEBAB PERLU BELI RUMAH AWAL

Ada banyak sebab juga untuk tidak beli rumah awal sebenarnya, hidup ini boleh cipta apa sahaja alasan yang kita suka. Tiada yang melarangnya.

Tiada yang salah atau betul, yang ada baik atau buruk sahaja pada kewangan kita nantinya.

1. Umur tak kembali

Semakin lewat usia kita beli, semakin tinggi kadar perlindungan atau insuran kita kena bayar sebab bank anggap kita tak akan hidup lama dan berisiko mati.

2. Hartanah sebagai perlindungan

Jika dah berkeluarga, hartanah boleh melindungi keluarga kita. Jika tetiba dijemput Illahi, anak isteri ada rumah sendiri nanti. Tidak dihalau keluar jika kita ada MRTT.

3. Hartanah kediaman semakin mahal

Kediaman saban tahun meningkat harga. Semakin kita tunggu, semakin jauh harga meninggalkan kita. Semak The Cost of Waiting berapa kita hilang? 

4. Hartanah pelaburan jangka panjang

Ramai yang dulu beli RM200,000 kini jika ditanya nilai hartanah kawasannya dah jadi RM350,000 sahaja. Dah tak jumpa hartanah bawah RM100,000 macam dulu dulu kala.

5. Tak semua tuan rumah baik

Tidak selamanya tuan rumah bagi kita duduk rumah mereka. Akan sampai masanya kita tetap kena keluar dari rumahnya.

6. Hartanah sebagai simpanan paksa

Adakalanya kita perlukan ‘force saving’ jika kita jenis orang yang malas menabung. Jika tak paksa, tak akan jadi.

7. Kenaikkan gaji perlahan

Kadar kenaikkan gaji sekitar 2% berbanding peningkatan hartanah sekitar 6% setahun. Jika sekarang tak mampu, kedepan lagi kita tak akan mampu beli.

8. Berpindah-randah

Semakin banyak kali berpindah-randah, semakin banyak duit kita hilang atas angin begitu sahaja sebenarnya.

Kawan kawan, pilih hartanah yang baik dan betul dari ‘mass market’, jangan beli hartanah yang salah dan merugikan anda.

Hartanah beri 3 kelebihan, sebagai SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN buat kita semua.

Baca juga: Tips ‘Saving’ RM750 Sebulan Dari Gaji RM2,500, Guna Formula Simpanan Kewangan Ini!

JENIS-JENIS KEDIAMAN

Di bawah merupakan jenis-jenis kediaman di Malaysia, seperti dikongsikan oleh Tuan Azizul.

tips rumah

Gambar: Mrsiraphol

1. Rumah flat

  • Keluasan antara 400-900 kaki persegi
  • Biasanya tiada kemudahan kecuali tempat letak kereta dan taman permainan anak anak
  • Rumah bagi rakyat jelata
  • Harga sekitar RM25,000 hingga RM150,000
  • Adakalanya tiada lift

2. Pangsapuri, apartment

  • Keluasan sekitar 500-1200 kaki persegi
  • Mempunyai kemudahan lebih baik dengan kawalan keselamatan, lift, kedai, ruang aktiviti, tempat letak kereta
  • Terdapat bayaran pengurusan
  • Harga antara RM200,000 hingga RM350,000 kebiasaannya

3. Kondominium

  • Keluasan sekitar 650-1500 kaki persegi dengan jumlah unit lebih sedikit dan privasi
  • Terdapat banyak kemudahan seperti sauna, gym dan spa serta kawalan keselamatan berperingkat
  • Biasanya disediakan kolam renang
  • Kondominium mewah boleh mencecah harga lebih sejuta dengan keluasan lebih 2000 kaki keatas
  • Harga antara RM400,000 hingga RM850,000.

4. Soho, service apartment

  • Keluasan sekitar 400-1200 kaki persegi
  • Terdapat banyak kemudahan dan biasanya lengkap dengan perabot
  • Lebih mahal berbanding unit strata yang lain kerana dibina atas tanah komersial
  • Terdapat pelbagai kemudahan dan gaya hidup yang luar biasa disekitarnya
  • Lokasi biasanya ditengah pusat Bandar
  • Harga antara RM350,000 hingga RM900,000
  • Bayaran selengara dan cukai lebih tinggi

5. Rumah teres

  • Keluasan kediaman antara 750-1400 kaki persegi
  • Ia merupakan link house yang berkongsi dinding dengan jiran
  • Kediaman jenis ini paling popular
  • Terdapat unit setingkat dan dua tingkat
  • Kediaman jenis ini masih mampu dibeli di luar bandar
  • Di Kuala Lumpur kediaman jenis ini agak mahal
  • Harga diluar bandar sekitar RM175,000 hingga RM350,000
  • Dibandar besar harga bermula dari RM450,000 hingga RM1.2 juta seunit

6. Town house

  • Keluasan sekitar 550-1200 kaki persegi
  • Kebiasaannya dibina dibandar besar
  • Ia berkongsi lot tanah yang sama tetapi ada dua rumah
  • Satu dibawah dan satu diatas
  • Terdapat tangga disisi rumah untuk penghuni atas
  • Harga antara RM350,000-500,000 bergantung lokasi dan kemudahan sekitarnya

7. Semi-D

  • Keluasan antara 2300-4500 kaki persegi
  • Berkongsi ruang tengah dengan rumah sebelahnya
  • Terdapat sedikit tanah dibahagian tepi rumah antara 5-10 kaki luas bergantung kawasan
  • Harga antara RM450,000 hingga sejuta lebih pun ada bergantung lokasi dimana kita ingin beli

8. Bunglow

Rumah ini diminati oleh golongan bersara dulu. Luas dan bakal mertua sangat suka.

  • Keluasan antara 5000 hingga 12,000 kaki persegi
  • Mempunyai ruang yang privasi dan tak kongsi dengan sesiapa
  • Harga bermula dari RM500,000 hinga berjuta juta

Dikawasan saya masih ada bunglow harga bawah RM400,000 sahaja.

P/s: Pilih rumah berdasarkan kemampuan kewangan kita. Jangan beli sampai kita terseksa membayar hutang rumah ini.

Baca juga: Tips Memilih Cat Dinding Rumah, Pilih Yang Betul-Betul Elok, Biar Warna Cat Tahan Lama!

Sumber: Azizul Azli Ahmad

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×